Friday March 27, 2009 13:47

Hairan Sungguh… Part I

Posted by FadzilahMamat

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong semasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa….DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik…tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!