Hairan Sungguh… Part V

40. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini. Cuma bab bonus sahaja yang diingati.

41. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah si isteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan…. Pelik sungguh bila seorang Pak Aji melihat perempuan berjalan matanya hanya kat situ aje……

43. Bilamana pelanggan di McDonald’s membeli air “diet coke” sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng ke hulu ke hilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *