Hairan Sungguh… Part III

21. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga professional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah “out-of-date” selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

30. Bila kita membeli TV 29″ tetapi hanya dapat menonton 20″ sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *