Best Sangat Ke Lagu Terukir Di Bintang Oleh Yuna?

Saya tak suka dengar radio sambil memandu. Tambah-tambah di waktu pagi. Rasa muak dengan lawak over oleh sesetengah deejay. Saya juga rasa sangat muak dengan iklan atau dialog yang diulang berkali-kali.

Tapi pagi tadi memandangkan jem yang teruk di Jalan Skudai, saya buka juga radio untuk menghiburkan hati. Lagipun masa tu dah hampir pukul 11 dan saya kira program pagi dah berakhir, jadi saya pun buka radio.

Masa tu lagu Yuna bertajuk Terukir Di Bintang sedang berkumandang.

Waduh… merdunya suara Yuna ni. Dan lagu ni pun memang sangat best!

Teruslah saya cari lagu ni di internet. 🙂

Jom dengar sama-sama..

 

 

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

2 thoughts on “Best Sangat Ke Lagu Terukir Di Bintang Oleh Yuna?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *