Ya Allah, best sangat memborong di Guangzhou!

Semalam saya dah settlekan semua urusan pembelian barang-barang saya sebab hari ni saya nak join rombongan Kak Sarah (bekas peserta rombongan borong Vietnam saya). 

Ingatkan Kak Sarah ni datang dengan kawan-kawan. Rupa-rupanya Kak Sarah datang bersama-sama rombongan Cikgu Zaini (http://ilhamzainie.com) yang merupakan otai borong di Guangzhou.

Ni merupakan trip kedua Kak Sarah. Selain Kak Sarah, ada 4 peserta lain yang sangat bersemangat untuk memborong.

Cikgu Zaini ada buat ground package untuk memborong di Guangzhou. Bayaran sekitar RM1700 untuk hotel, makan dua kali sehari di tempat yang sedap-sedap, kos pengangkutan di Guangzhou, dibawa ke tempat borong, diperkenalkan dengan supplier yang dia selalu berurusan dan juga diperkenalkan dengan shipping agent yang dia selalu berurusan. 

Bila dah seharian jadi peserta secara tak langsung ni, saya faham kenapa Kak Sarah nak join lagi. Cikgu Zaini ni jenis tak berkira dan memang cuba buat yang terbaik untuk peserta. Sampaikan saya yang bukan peserta ni pun sama naik tanya macam-macam. Hahaha..

Pendek kata, saya memang rekemen sangat anda untuk join trip borong Cikgu Zaini terutama buat yang nak berniaga Al Quran Digital, Cadar Cotton dan Jersi sebab Cikgu Zaini sendiri merupakan pemborong untuk barang-barang ni.

Destinasi pertama, kami pergi makan tenghari di sekitar Xiao Bei. Senang sangat nak pergi ke sini. Betul-betul sebelah hentian Metro Xiao Bei Gate A.  Kat sini ada banyak restoran halal dan ada juga kedai runcit halal. 

Fuh.. bahagia sungguh dapat beli roti dan coklat kat sini sebab memang confirm halal. 

Lepas makan, kami pergi ke Plaza Onelink. Yang ni pun boleh pergi dengan Metro dan turun di Haizhu Square Gate B1. Best sangat plaza ni. Kalau suka hias-hias rumah. Suka barang yang comel-comel. Suka barang yang cute cute. Suka barangan English Style. Sesuai sangat datang ke sini. 

Saya pun rambang mata sangat. Tapi saya sabarrrrr je sebab insyaAllah dalam bulan depan nak datang lagi dengan suami. 

Terlanjur dah berada di sini, saya pergi ke Tai Kang Plaza. Kalau ikutkan dekat je tapi saya naik teksi dan bayar dalam 10 yuan (RM5). Kat sini ada jual perhiasan dan aksesori wanita. Kat sini saya datang beli brooch bunga. 

Rupa-rupanya plaza ni dekat sangat dengan Hotel Landmark Canton yang saya menginap semasa menyertai rombongan ke Guangzhou bersama Public Mutual tahun lepas. 

Tetiba rasa, keciknya Guangzhou! Chewah… Hihihi…

Selesai urusan di Tai Kang, kami menaiki teksi ke Plaza Electronic untuk membeli Power Bank dan Al Quran Digital. 

Lepas tu balik hotel sekitar pukul 6 lebih.

Dalam pukul 8 malam, Cikgu Zaini bawa kami menaiki Metro untuk ke tempat makan yang sangat best di sekitar Tao Jin Exit B berdekatan Friendship Plaza. 

Saya lupa nama restoran tapi memang marvellous!!!!!!!! Ada masakan Thai. Kami makan Tom Yam Kung, Siakap 3 Rasa, Sayur Campur dll. Serious sedap sangat! Tapi harga pun boleh tahan. Sepinggan nasi goreng dalam 50 yuan (RM25) camtu. Kalau lauk ni, lagilah mahal. Kitorang makan dalam 7 orang tadi, kena dalam 400 yuan (RM200) camtu. 

Selesai makan, saya minta Cikgu Zaini bawa ke tempat orang berjualan sebab saya masih ada duit RMB dan luggage saya pun belum penuh (sebab kebanyakan barang saya akan dihantar menggunakan kapal). 

Jadi Cikgu Zaini bawa saya dan beberapa orang peserta ke kawasan pasar malam Muslim di sekitar Xiao Bei Gate B. 

Eh panjang pulak cerita malam ni. 

Ringkasnya, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Cikgu Zaini yang tak lokek ilmu dan melayan saya seolah-olah saya merupakan salah seorang peserta beliau. 

Jadi, kepada yang nak pergi memborong di Guangzhou, saya memang rekemen sangat servis Cikgu Zaini. 

Rugi sangat kalau kita cuba-cuba datang sendiri. Sebab kita mungkin tak jumpa supplier yang betul-betul boleh diharap dan kita pun tak tahu berapa harga borong yang sebenar. Join je pakej dengan tok guru yang berpengalaman, dan bila dah pandai, bolehlah datang sendiri nanti. 

Okay bye. Dah hampir pukul 2 pagi. Nak tidur dulu. Esok kena bangun awal sebab nak uruskan barang yang nak dihantar menggunakan kapal. 

InsyaAllah pukul 8 malam esok akan sampai di JB. Tak sabar nak bagi hadiah pada anak-anak tersayang. Untuk suami, bagi hadiah isteri yang makin comel je. Hahahah.. 

2 thoughts on “Ya Allah, best sangat memborong di Guangzhou!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *