Pengangkutan Awam Di Vietnam Dan Guangzhou

Kat Vietnam, saya selalu ke mana-mana dengan menggunakan teksi. Pernah juga naik bas awam dari airport ke Ben Thanh, tapi agak kurang selesa sebab takde aircond, berdebu dan juga kena jalan jauh.

Bayaran teksi pulak tak terlalu mahal. Paling mahal saya kena pun dalam RM30 itupun perjalanan yang jauh. Dahlah driver teksi selalunya akan tolong angkat barang. Dan bila sampai di hotel, pekerja hotel pulak akan tolong angkat barang.

Teksinya pulak kebanyakannya baru, selesa dan aircond okay.

Teksi memang banyak. Kalau tunggu teksi tu, tak lama sangat. Sampai kita boleh pilih-pilih pulak nak naik teksi yang mana. Kalau berseorangan, saya pilih teksi Vinasun. Kalau berjalan dengan kawan saya Azizah, dia akan tahan je mana-mana teksi.

Suami Azizah pemandu teksi. Dia kata sekarang pendapatan pemandu teksi makin kecik sebab persaingan makin banyak. Kiranya situasi ni bagus untuk pelancong, tapi kurang bagus untuk pemandu teksi di sana.

Kalau kat China pulak, bas dia lebih selesa. Atau boleh naik Metro (keretapi bawah tanah). Dan juga teksi.

Kalau nak jimat, naik Metro. Cuma kena jalan lebih sikit. Tapi tak susah sangat sebab ada peta dan ada mesin layan diri dalam bahasa Inggeris. Tapi kalau boleh elakkan waktu orang pergi dan balik kerja. Sebab nanti terlalu sesak.

Teksi kat Guangzhou susah nak dapat. Selalu kena tunggu lama. Dan banyak kali kena berebut dengan orang lain. Teksinya pulak agak buruk, tak selesa dan ada kalanya aircond rosak.

Ada satu lagi kenderaan yang popular iaitu Tut Tut. Yang ni motor yang diubahsuai dan boleh bawa dua orang kat belakang.

Kalau nak pergi ke tempat yang tak jauh sangat, saya naik Tut Tut. Cepat sampai sebab dia boleh jalan melawan arus. Tapi agak ngeri. Dan kalau musim sejuk @ berangin, memang sejukkkkkk sangat.

Tapi bila naik Tut Tut memang rasa adventure sangat. Rasa macam minah rempit je.. Hehehe…

Adui.. bila dah tulis entri ni rasa tak sabar nak pergi lagi ke Guangzhou. Rasa macam nak pergi setiap bulan. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *