Alamak.. Kat China Tak Boleh Akses Facebook!

Sampai je kat bilik hotel semalam, antara perkara pertama yang saya buat adalah bukak laptop dan sambungkan ke internet melalui wayar LAN yang disediakan.

Sebelum ni ada dengar kat China tak boleh akses Facebook, tapi ingatkan tak betul. Rupa-rupanya memang betul.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tapi bagus jugak kot. Betul-betul bercuti tanpa sebarang call, sms dan facebook notification.

Saya pun gunakan flight mode untuk iPhone saya sepanjang masa dan cara ni juga sangat sangat sangat menjimatkan bateri iPhone.

Sekarang dalam proses copy gambar dari iPhone ke laptop sebab dalam bilik takde wireless untuk terus upload ke application WordPress di iPhone.

Nantikan laporan bergambar di blog SMART Consultant Team ya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *