Welcoming Kaela Aesya..

Assalamualaikum buat para pembaca yang mungkin dah lama tak singgah sebab tuan rumah pun dah lama tak update.. Hihi..

Hari ni tetiba rasa rajin pulak nak berblog dan konon kononnya nak share kehidupan selepas melahirkan seorang baby buat rujukan di masa akan datang.

Padahal anak dah 5 orang. Tapi asyik la lupa. Eh dulu camne eh. Dulu camni tak. Dulu buat macamana ya. Kalau orang dengar tu kan. Mengadanya lahai. Macam tak pernah ada anak. Padahal urat banyak putus lepas bersalin.  😛

Alhamdulillah pada pukul 9.22 malam hari Jumaat 22  Jun yang lepas saya selamat melahirkan seorang baby girl yang diberi nama Kaela Aesya.

Kalau ikutkan due date adalah pada 7 Julai tapi saya request untuk induce dan pilih date 22 Jun sebab rasa tak sihat sangat sepanjang mengandung kali ni dan takut baby makin besar.

Sekali dah sampai hospital, dah masuk wad, doktor check bukaan jalan dah 4cm so tak perlu induce. Hehehe…

Alamak baby nangis pulak. Nanti kita sambung ya! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.