Tidur Lena..

Semalam sampai je di airport Vietnam, terus pergi ke tempat borong baju. Lepas tu pergi ke tempat borong tudung. Pukul 6 petang barulah check in.

Lepas tu dengan gigihnya buat photoshoot. Lepas tu jalan-jalan di pasar malam Ben Thanh. Ada beberapa baju yang nampak cantik dan menarik dan saya borong sedikit baju kurung lycra yang tak bermanik untuk diri sendiri. Sebab sememangnya saya suka baju yang senang dibasuh dan tak perlu digosok.

Lepas tu panggil tukang urut wanita datang bilik. Tukang urut ni mengurut memang sangat sedap. Kuat, sedap tapi tak sakit. Bayaran RM30 untuk urutan satu badan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi.

Lepas dia urut, saya minta dia buat facial sekali. Sampai tertidur saya sambil dia buat facial. 🙂

Lepas dia balik, badan rasa sangat selesa dan saya terus tidur dengan lena. Dan bila tidur lena, pagi ni bangun awal dengan penuh kesegaran dan keceriaan.

Pagi ni saya akan jumpa bakal pembantu rumah saya. Kalau okay, saya akan terus belikan dia tiket untuk balik bersama saya esok.

Lepas tu saya nak borong kain cotton yang mendapat sambutan hangat.

Sampai jumpa lagi.. 🙂

2 thoughts on “Tidur Lena..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *