Persiapan Untuk Ke Vietnam

1. Passport yang sah dan masih hidup untuk 6 bulan lagi.

2. Duit RM. Tak perlu tukar duit kat sini. Lebih untung tukar di Vietnam. Tapi jangan pulak tukar kat airport Vietnam. Tukar kat kedai berdekatan pasar Ben Thanh.

3. Tak perlu bawa makanan. Kat Ben Thanh sekarang banyak sangat restoran muslim. Dalam 5-6 macam tu. Confirm cukup sangat makan. Kalau ikut rombongan saya pulak, saya akan bawak makan roti cicah kari kambing yang sangat awesome. 🙂

4. Baju dan seluar sekadarnya. Tudung nak beli kat sana pun boleh. Dalam RM25-RM35 dah boleh dapat tudung 3 layer gorgeous yang berharga lebih seratus di Malaysia.

5. Universal adapter. Kat sana plug dia 2 pin. Bukannya 3 pin macam kat Malaysia. Jadi kena ada adapter ni. Tapi tak la wajib sangat. Sebab boleh minta budak hotel belikan. Atau mungkin pinjam hotel punya.

Tu je la kot.

Cuaca sama je macam kat Malaysia. Jadi tak perlulah bawa baju untuk cuaca sejuk @ panas. Biasa-biasa je.

Okay bye. Nak siap-siap dulu. Esok nak pergi Vietnam sampai hari Khamis.

Doakan saya selamat pergi dan pulang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *