Info Ho Chi Minh : Transport Dari Airport Ke Hotel

Komen pembaca

 

Ada dua cara.

Pertama, naik bas bernombor 152. Bas ni memang ada di airport. Keluar je dari pintu airport tu, belok ke kanan dan nanti akan nampak sebuah bas.

Tiket bas tu dalam VND4000 = RM0.58. Kalau ada beg besar, kena bayar untuk beg jugak. Cakap nak pergi Ben Thanh. Jangan risau terlajak sebab Ben Thanh tu last destination.

Cuma kalau naik bas, memang tak selesa. Panas dan berdebu. Dan perjalanan pun dalam setengah jam.

Sampai kat area Ben Thanh pulak, kenalah heret beg ke hotel yang kita dah booking. Kalau sorang-sorang memang tak best. Tapi kalau pergi dengan kawan-kawan okay kot. Tambah-tambah kalau barang tak banyak. Adventure sikit kan. :)

 

Cara kedua, naik teksi.

Teksi dari Airport ke Ben Thanh dalam VND140000 = RM20. Teksinya agak baru, selesa dan pemandu teksi pun akan tolong angkat luggage.

Walaupun pemandu teksi tak pandai cakap Inggeris, tak ada masalah. Bagi je kad @ alamat hotel yang ditulis pada kertas pada dia.

Saya tak pernah dengar kes pemandu teksi yang menipu dalam perjalanan dari airport ke hotel. Mungkin sebab hanya teksi yang established sahaja dibenarkan untuk ambil penumpang di airport.

 

Setakat ni saya pernah naik bas dua kali sahaja. Lepas tu memang naik teksi je. Takpelah bayar lebih sikit, tapi tak sanggup nak berpanas dan bersesak di dalam bas.

Semoga Cik aJoy berpuas hati dengan jawapan ini ya. :)

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge