Confirm Pergi Vietnam Esok!

Baru tadi beli tiket MAS untuk ke Vietnam esok sehingga hari Jumaat.

Kalau ikutkan badan tak sihat. Tapi terpaksa pergi sebab nak belikan kain yang dah ditempah dan juga untuk ambil brooch dan tudung 3 layer yang saya order sebelum ni.

Sebelum ni ada orang call tanya pendapat saya okay ke kalau minta supplier di Vietnam terus poskan tudung pada mereka.

Jawapan saya, boleh. Tapi kena order lebih daripada yang diorder oleh pelanggan. Sebab bila tudung-tudung dah sampai, memang banyak yang batu tertanggal, kotor dan sebagainya.

Pastu bila dah reject, kena simpan dulu sehingga saya pergi ke Vietnam lagi. Bila dah pergi Vietnam pulak, bukan terus dapat. Kena tunggu lagi. Sedangkan kita dah bayar penuh.

Bukan nak menakut-nakutkan, tapi inilah hakikatnya. Sampai ada kawan yang dah serik dan taknak jual lagi tudung dari sana.

Okay setakat ni dulu. Nak keluar jumpa seseorang yang berminat nak ikut saya ke Vietnam esok. Bye! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *