Awak Dah Biasa..

Saya baru sahaja dihubungi oleh seorang kakak yang berminat untuk menyertai rombongan borong ke Vietnam.

Kakak ni berminat sangat tapi dia takut.

Dia kata,

Awak takpelah, awak dah biasa.

Saya cakap,

Memang betul saya dah biasa kak. Tapi masa mula-mula pergi pun saya tak biasa.

 

Alkisah kakak ni berniaga tudung chiffon 3 layer. Dia beli dengan harga borong pada harga RM47 sehelai.

Kalau di Vietnam, harga dalam RM25-35 bergantung kepada kualiti.

Katakanlah dia beli yang paling mahal iaitu RM35, jadi kat situ dah ada untung sebanyak RM12.

Kalau dia beli 100 helai, dah jimat RM1200.

Kalau dia beli 200 helai, dah jimat RM2400.

In fact, ramai juga peniaga tudung yang kita boleh berhubung dengan Facebook @ Whats App tanpa perlu kita ke sana.

Tapi apa-apahal pun, eloklah pergi berkenalan dulu untuk kali pertama. Tengok dulu kualiti tudungnya macamana.

Kalau memang puas hati, lepas ni boleh order dari Malaysia sahaja.

Tapi kalau memang takut jugak nak pergi pun tak ada masalah. Boleh jugak beli dengan orang yang pergi ke Vietnam.

Yelah, kalau semua orang nak beli direct di Vietnam, nanti orang tengah tak boleh cari makan pulak.

Yang pastinya, orang tengah jugak yang kaya dulu.

Kepada yang nak ikut rombongan saya, saya alu-alukan sangat. Tapi kalau anda tak terlalu minat berniaga, mungkin kurang sesuai sebab rombongan ini tak pergi ke tempat melancong.

Kalau nak berniaga selain dari kain, baju kurung, tudung dan telekung pun mungkin kurang sesuai jugak. Sebab ini adalah produk-produk utama di Vietnam. Kalau nak berniaga selain dari barang-barang ni, mungkin lebih sesuai ke Indonesia ataupun China.

Kalau kurang semangat keusahawanan dan asyik nak kena bagi semangat pun, kurang sesuai jugak. Sebab saya bukan pom pom girl.

Saya cuma bawa pergi ke tempat saya memborong. Memang ada ambil untung. Tapi niat utamanya adalah untuk berkongsi peluang dan berkenalan dengan usahawan dari bidang yang sama.

Wah.. panjang la pulak.

Ok bye. Nak sambung edit gambar kain yang banyakkkk sangat. Jika anda merupakan salah seorang peminat page Benang Hijau, jemput singgah page kami setiap hari pada pukul 9 pagi ya. InsyaAllah, mata pasti segar sampai ke petang. 🙂

3 thoughts on “Awak Dah Biasa..

  1. Tudung Labuh Online

    Meniaga dan bekerja makan gaji memang tak sama.

    Bersedialah bekerja 24 jam

    Jam 12 tengah malam pun ada orang call nak tanya barang

    Hmm.. Dahsyat juga commonsense orang kita ni ya.

    Tapi dari satu sisi.. menunjukkan produk kita bagus. Sampai customer terlajak excited..

    Muahaha.. Bestnya meniaga

    Macam syok je akak g vietnam tu kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *