Update Apartment Desa Skudai

Semalam saya pergi tengok apartment kat Desa Skudai tu. Masa register kat guardhouse, saya bagitahu saya datang untuk tengok rumah. Guard tu tanya blok mana dan berapa harga jual. Lepas tu dia siap bagitahu ada rumah lain yang nak dijual pada harga lebih rendah.

Komen pasal rumah tu..

Agak kotor tapi boleh je dibersihkan. Pada saya, okey je cuma saya nak check market value dulu.

Bila saya tanya pasal harga, broker tu cakap semua tu boleh runding yang penting dah ada persetujuan. Jadi saya minta seminggu untuk bagi jawapan.

Sebelum balik, saya minta maklumat pasal rumah satu lagi daripada guard. Dia siap bagi namecard owner rumah tu. Saya jugak siap bagi namecard saya pada guard in case ada owner lain yang mencari buyer.

Hari ni..

Dalam pukul 9, saya call owner yang bernama En J. Kebetulan dia masih di Johor dan akan gerak ke Kuantan lepas pukul 12. Jadi kami set appointment untuk tengok rumah dalam pukul 10.45 pagi.

Rumah En J ni jauh lebih ok daripada rumah semalam. Lebih luas, lebih bersih. Disewakan pada harga RM800. Bumi lot. Dia nak jual pada harga RM105,000. Fully furnished.

Hati saya berbunga riang. Memang minat habis…

Hehehe.. dah ngantuk ni.. esok sambung ya.. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *