Sambungan Apartment Desa Skudai

Okay, kita sambung cerita semalam ya.

Memang saya dah berkenan habis dengan apartment kedua tu. Tapi seperti biasa, saya cakap nak check market value dulu sebelum bagi persetujuan.

Mula-mula, saya call seorang klien saya yang bekerja di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Johor (ni antara kelebihan kerja jumpa-jumpa orang, sebab kenalan lebih ramai.. πŸ™‚ ), dia cakap Market Value dalam 90k-100k sahaja.

Ish, camne ni. Owner kata dia buat evaluation 4 tahun lepas nilainya RM110k. Sepatutnya makin naik la kan.

Lepas tu, saya singgah di bahagian housing loan di Menara Public Bank JB (sambil-sambil buat urusan di Public Mutual). Sampai je, staf bank tu terus tanya alamat rumah yang saya nak beli dan dia minta saya tunggu kerana dia nak call syarikat penilai.

 

Surprise.. Surprise…

Sekali MV rumah tu cuma 55k je. Terkedu saya.

Bila saya tanya kenapa jadi macam tu sedangkan dulu MV dia jauh lebih tinggi, dia cakap sebab kawasan tu dah ‘sejuk’ dan tak banyak penduduk. Semenjak 2 tahun lepas, MV terus turun dan turun.Β Dia pun advise saya supaya jangan beli rumah tu.

Since jauh sangat beza, saya sendiri call dan cakap dengan Valuer. Memang betul.

Petang tu saya call owner dan maklumkan pasal ni. Dia memang terkejut habis. Saya siap bagi no telefon Valuer kalau dia nak confirmkan.

Lepas tu dia call saya dan bagi no Valuer lain yang bagitau dia MV rumah tu dalam 100k. Tapi bila saya call, cuma 70k sahaja sebab lot tu lot bumi. Kalau lot antarabangsa, barulah 90k-100k.

Bila saya bagitahu owner tu semula, dia cakap kalau macam tu dia pun tak jadi nak jual. Yelah, buat apa nak jual sedangkan setiap bulan pun dia dapat positive cash flow dari rumah tu kan.

Tapi, saya pun cakap dengan dia kalau akan datang dia nak jual, harap dapat hubungi saya (mungkin masa tu dia akan kurangkan harga lagi la kan.. πŸ˜› )

Okay, setakat itu sahaja update Apartment Desa Skudai. Sekarang rasa nak fokus pada rumah lelong atau projek baru pulak.

Doakan kejayaan bakal jutawan hartanah ni ya! πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *