Impian Untuk Menjadi Jutawan Hartanah Kembali Menyala

Hari ni saya sekeluarga bermalam di sebuah homestay di Nilai.

Keinginan untuk menjadi pemilik hartanah dan mengendalikan homestay kembali membuak-buak.

Kawasan yang saya minat adalah berhampiran dengan rumah saya sekarang iaitu di sekitar Taman Pulai Utama, Skudai.

Cuba cari maklumat rumah untuk dijual di Internet dan ternampak sebuah iklan yang nampak menarik. Harga yang ditawarkan RM216,000.

Semasa berbual dengan kakak saya, dia maklumkan kepada saya tentang sebuah rumah untuk dijual berhampiran dengan rumah rakannya.

Saya terus menghubungi rakannya dan dia telah memberitahu sedikit sebanyak maklumat tentang rumah tersebut.

Design yang sama dengan rumah pertama. Rumah yang masih cantik. Ada kabinet dapur. Harga yang ditawarkan RM190,000. Sangat menarik!!

InsyaAllah hari Ahad ini saya akan pergi tengok rumah tersebut. Harap sangat impian saya akan menjadi kenyataan.

🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *