House Visit #1 – Caranday Park, Taman Setia Tropika

Semalam saya pergi ke Caranday Park, Taman Setia Tropika untuk melihat sebuah rumah yang ingin dijual.

Saya berminat dengan rumah ni sebab lokasinya yang mengadap taman permainan kanak-kanak.

Saya plan nak beli rumah di kawasan ni sebab berdekatan dengan sekolah anak sulung saya iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Walaupun saya memang suka sangat dengan rumah yang saya diami sekarang tapi lepas baca buku Property Jewel yang menyatakan sebaik-baik rumah kediaman adalah yang berdekatan dengan sekolah anak, saya terbuka hati untuk survey rumah kediaman yang baru.

Rumah yang saya pergi tu, location dia memang sangat baik. Masalahnya adalah kerana tuan rumah sekarang dah ada buat beberapa pengubahsuaian yang tak menepati citarasa saya dan suami. Antaranya termasuklah menukarkan ruang keluarga di tingkat atas menjadi common bathroom. Dengan kata lain, nanti ruang tv akan berada di tingkat bawah.

Since rumah saya agak kerap dikunjungi oleh ejen-ejen saya, saya lebih prefer ruang tv berada di tingkat atas. Jadi, saya kurang berkenan dengan keadaan rumah tu.

Harga yang diletakkan RM430,000. Tapi kalau dah beli, ada beberapa benda yang perlu dibuat lagi dan kena keluar duit lagi. Jadi kena terus mencari la jawabnya.

Tapi takpe, saya suka. Saya suka tengok rumah. 🙂

p/s : Yang bestnya lagi, owner ni pun nak let go buku-buku dia pada harga yang sangat murah. Jadi, secara tak sengaja saya beli 11 buku dan juga 5 buah majalah hiasan dalaman rumah. Alhamdulillah.. happy sangat! Tak sabar nak baca. Tunggu entri pasal buku-buku tu ya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *