Esok Nak Tengok Apartment @ Desa Skudai

Mula-mula saya langsung tak nak tengok iklan apartment apatah lagi flat.

Tapi makin banyak yang saya baca, makin banyak yang syorkan rumah jenis macam ni. Sebabnya rumah ni lebih menguntungkan jika ingin disewakan.

Pendek kata, kalau nak untung dari segi kenaikan harga, beli rumah atas tanah. Kalau nak untung dari segi aliran wang atau cash flow, beli rumah atas angin. Hehe..

So sekarang dah mula usha iklan-iklan rumah sebegini sebab menurut Robert Kiyosaki, lebih baik dan lebih selamat jika kita melabur untuk dapat aliran wang tunai yang positif, iaitu rumah yang boleh disewakan dengan harga yang lebih tinggi berbanding ansuran bulanan.

Petang tadi ternampak sebuah iklan di Mudah.my.

 

Sebab saya minat tempat ni:

1. Market value : RM135,000. So, harga jual kurang 20% dari MV. In fact, boleh nego lagi.

2. Sekarang dah ada penyewa pada kadar RM750 sebulan.

3. Kawasan yang menjadi pilihan pelajar UTM dari luar negara terutama negara-negara Arab.

4. Boleh buat full loan.

 

Appointmentnya petang esok. Harap semuanya okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *