Umi, Boleh Tak Nak Dot Dot Dot?

Boleh.. Boleh dipertimbangkan.

Itulah ayat yang kadangkala saya jawab pada anak-anak bila mereka meminta sesuatu.

Bukan sebab tak sayang. Tapi sebab tak nak ajar anak-anak dapat sesuatu terlalu mudah.

Ajar dia supaya bersabar. Supaya dia lebih menghargai apa yang diberikan oleh ibubapa.

20120212-134857.jpg

Abang Iqbal yang dah tahu sangat apa jawapan umi

Saya dulu dilahirkan dalam keluarga sederhana. Dan memang ibubapa saya hanya mampu bagi keperluan asas sahaja.

Masa sekolah dulu jeles sangat tengok kehidupan kawan-kawan yang berasal dari keluarga berada.

Bila dah ada anak sendiri, dan dah agak senang, saya pun kononnya fikir nak bagi apa yang saya tak dapat masa kecik-kecik dulu.

Tapi bila saya belajar dengan kenalan-kenalan yang kaya, mereka pun tak terlalu manjakan anak-anak dan hanya bagi benda yang perlu, bukannya mengikut kehendak anak secara melulu.

Kalau anak dapat achieve sesuatu, barulah anak dapat apa yang diingini.

Saya juga ada kenal beberapa orang kenalan dari golongan yang agak kurang berkemampuan. Tapi mereka ni ikut sangat kehendak anak. Semua yang anak nak, cuba diberikan walaupun benda yang kurang perlu.

Kononnya tak nak bagi anak rasa hidup susah. Rasa kesian sangat tengok orang macam ni. Kesian memikirkan keinginan anak yang makin lama makin besar.

Dikhuatiri suatu hari nanti anak jadi kurang ajar kerana ibu bapa tak dapat penuhi permintaan.

Nauzubillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *