Tips Supaya Anak Rajin Belajar – Kempen Cop & Menang!

Semalam saya bagi cadangan pada suami untuk buat kempen cop dan menang untuk anak-anak.

Semenjak cuti sekolah bermula, diorang sibuk main sampaikan selalu buat-buat lupa je time nak mengaji.

Jadi saya plan nak buat sistem cop macam yang kedai basuh kereta selalu buat.

Setiap kali ngaji, dapat satu cop. Cukup 10 cop, dapat hadiah mainan bernilai 10 ringgit. Kiranya satu cop tu bernilai seringgit la.

Excited sangat Abang Iqbal dan Abang Adi dengar sistem cop-cop ni. Terus bersemangat nak mengaji. Padahal tempat nak cop pun belum siap lagi. 🙂

Biasanya anak-anak mengaji lepas Maghrib je, tapi disebabkan excited sangat nak kumpul cop, pagi tadi Abang Adi buat muka comel minta nak belajar Iqra’.

Aduyai… cair jantung umi..

Jadi umi pun ajarlah dia sekejap. Tengah mengajar, tetiba dapat panggilan dari klien, terus tergendala.

Malam ni pulak ada Agency Monthly Meeting + Recruit & Grow Rich Worksyop. Sampai kat rumah pukul 10.30 malam.

Sampai je kat rumah terus diorang minta nak ngaji. Tapi saya terpaksa tolak sebab tengok diorang pun dah penat dan ngantuk.

Berkesan sungguh nampaknya program cop cop ni. Ibu-ibu lain bolehlah cuba ya. Confirm anak-anak lebih rajin belajar! 🙂

 

Gambar sekadar hiasan. Tiada kena-mengena dengan tajuk. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *