Tips Supaya Anak Mendengar Kata

Semenjak kebelakangan ni, tak sempat nak bercerita pasal anak. Jadi hari ni nak share sedikit ilmu dan tips dalam mendidik anak.

Dulu anak kedua saya iaitu Abang Adi agak keras kepala dan kurang rajin. Tapi sekarang memang jauh berbeza.

Nak tahu rahsianya?

1. Puji dia di hadapan orang lain

Pada suatu masa di kampung, semasa Adi tengah berebut barang dengan baby Ali, kakak ipar saya tanya saya, “Adi ni suka kacau Baby Ali tak?”

Saya cakap..

“Tak. Adi tak suka kacau baby. Adi sayang baby. Adi selalu mengalah dengan baby. Adi selalu kongsi mainan dengan baby. Adi selalu tolong umi jaga baby. Adi selalu tolong umi amik barang baby. Sebab tu umi sayang Adi. Sebab Adi budak yang soleh.”

Bila dia dengar je apa yang saya cakap, Adi terus bagi mainan pada baby dan datang peluk saya. Dan Alhamdulillah sampai sekarang Adi memang jadi seperti yang saya cakap tu.

2. Bagi dia gelaran dan tanggungjawab yang penting.

Untuk Adi, gelaran terkini dia adalah Superhero @ Adiboy. Tanggungjawab dia adalah tolong umi dan ahli keluarga yang lain. Apa jua pertolongan yang diminta, superhero kena cepat-cepat buat.

Satu hari saya dengar dia cakap dengan anak jiran saya,

“Awak tahu tak, saya ni superhero mak saya. Sebab saya selalu tolong mak saya.” Comel tak statement ni?

Petang tadi Abang (anak saya yang sulung) tanya saya,

“Umi, Adi jadi Superhero. Abang jadi apa pulak?”

Jawapan saya,

“Abang jadi SuperAbang. SuperAbang bertanggungjawab untuk pastikan keselamatan ahli keluarga kita. Kena pastikan keselamatan Adi & Baby. Kena pastikan pintu rumah selalu dikunci. Kena tolong umi jaga kebersihan rumah kita. Boleh?”

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dikurniakan anak-anak yang sihat, cerdas dan sangat mudah dibentuk.

Semoga tips di atas dapat membantu anda! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *