Tips Menarik Minat Anak Untuk Belajar Membaca

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips bagaimana untuk menarik minat anak untuk belajar membaca. Tips ini telah saya dapat secara tidak sengaja melalui pengalaman mengajar Iqra’ dan Al Qur’an kepada anak-anak saya.

Untuk pengetahuan rakan-rakan saya mula mengajar anak kedua saya membaca Iqra’ dan Bahasa Melayu ketika umurnya tiga tahun. Sebenarnya saya bukanlah seorang ibu yang terlalu memaksa anak-anak untuk belajar kerana saya ingin anak-anak saya membesar sebagai kanak-kanak normal. Saya juga tidak mahu anak-anak saya terlalu stress kerana dipaksa belajar dan sebagainya.

In fact, saya hanya mula mengajar anak sulung saya membaca ketika dia berumur 6 tahun itupun setelah disarankan oleh suami kerana tidak mahu anak saya ketinggalan ketika berada di darjah 1.

Untuk anak kedua pula, pada peringkat awal, saya langsung tidak bercadang untuk mengajarnya Iqra’ ataupun membaca tetapi pada suatu hari saya telah menghadiahkan sebuah kitab Iqra’ kepadanya. Ini kerana pada waktu itu saya ada mengendalikan Kelas Iqra’ dan memang membeli kitab Iqra’ untuk para pelajar saya. Kebetulan ada kitab yang lebih, jadi saya hadiahkan kepada anak saya.

Tanpa saya sangka, rupa-rupanya anak saya sangat excited mendapat hadiah kitab Iqra’ daripada saya dan dia pulak yang beria-ria meminta saya untuk mengajarnya. Terlanjur dia dah excited saya mula mengajarnya dan memastikan sesi belajar menjadi satu sesi yang menyeronokkan.

Saya mula mengajar anak saya membaca Iqra’ pada 15 Oktober 2009 dan sekarang dia sudah hampir menghabiskan kitab Iqra’ tersebut. Alhamdulillah…

Untuk anak pertama saya pula, apabila dia sudah berjaya menghabiskan Muqaddam, saya telah mengajaknya ke kedai buku untuk membeli kitab Al Qur’an yang baru dan memberi peluang kepadanya untuk membuat pilihan sendiri. Walaupun di rumah saya sudah ada beberapa kitab Al Qur’an, saya melakukan ini untuk membuatkan dia lebih menghargai dan lebih rajin belajar.

Alhamdulillah dengan cara ini juga anak sulung saya sangat bersemangat untuk membaca Al Qur’an dan berjaya khatam selepas dua bulan setengah.

Melalui pengalaman ini, saya mula berkongsi tips ini dengan rakan-rakan yang ingin mengajar anak-anak mereka membaca iaitu dengan menyarankan mereka agar menghadiahkan buku (yang baru!) terlebih dahulu kepada anak. Ternyata tips ini memang berkesan dan telah membantu ramai rakan saya.

Semoga tips ringkas ini boleh membantu rakan-rakan di dalam memulakan proses mendidik anak-anak.

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge