Sikap Ayah Yang Sangat Saya Kagumi..

Salah satu sikap yang sangat saya kagumi pada ayah saya adalah kerana dia sangat penyabar dan tenang.

Masa saya kecik dulu, ayah memang tegas dan garang. Pada waktu Subuh, dengar suara dia je kitorang dah terjaga.

Tapi sekiranya kami buat salah, dia tak mengeluh, marah apatah lagi mengungkit-mengungkit. Dia tahu bahawa anak-anak sedar kesilapan yang dibuat dan jadikan ia sebagai pengajaran.

Sebagai contoh, semasa belajar di MRSM Pengkalan Chepa, ayah pernah datang melawat saya dan bagi saya duit sebanyak RM50. Masa tu jumlah ni besar sangat-sangat pada keluarga kami.

Lepas ayah bagi duit, saya bermain-main dengan adik-adik saya yang lain. Sebelum ayah balik, saya baru teringat tentang duit tu. Cari punya cari memang tak jumpa.

Ayah pun cakap,

Takpelah, bukan rezeki kita.

Lepas tu dia pun bagi saya duit yang lain. Masa tu rasa bersalah sangat dengan ayah.

Saya juga pernah menyebabkan kereta ayah rosak teruk.

Masa saya di UTM, ayah menggunakan kereta Iswara manual. Saya memang tak mahir dengan kereta manual sebab biasa gunakan kereta lama ayah iaitu kereta Kancil auto.

Pada suatu hari, saya bawa kereta ni untuk beli barang. Sampai je kat depan kedai, saya tekan brek je untuk parking tanpa tukar gear. Apalagi, kereta tu pun langgar la tembok kat depan kedai.

Perlanggaran tu tak terlalu kuat sebab saya memang dah tekan brek. Tapi bumper memang hampir tanggal.

Bila dah jadi macam ni, saya rasa takut nak balik rumah. Saya termenung lama sangat sebelum balik.

Sampai je rumah, ayah dah tunggu kat depan pintu pagar. Dia dapat rasa ada sesuatu tak kena sebab saya keluar terlalu lama.

Tapi seperti biasa, ayah tak marah pun. Dia cuma cakap,

Lain kali awak berhati-hati ya.

Aduh.. sabarnya ayah.

Bila dah jadi mak orang ni, memang rasa mencabarnya nak jadi sebaik ayah.

Dan rasa takut jugak seandainya anak-anak jadi nakal macam saya masa muda remaja dulu. 😉

 

Semoga saya dapat jadi sabar macam ayah untuk menghadapi karenah blogger cilik ni.. 

 

 

3 thoughts on “Sikap Ayah Yang Sangat Saya Kagumi..

  1. Lis

    Fadzilah, saya sangat kagum dengan ayah awak… Semoga Allah berikan kesihatan yg baik kepadanya supaya mudah beribadah dan sentiasa ceria..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *