Sibuk Selepas Balik Dari Guangzhou

Sejak balik dari Guangzhou saya agak sibuk. Sibuk dengan ejen-ejen yang baru nak mendaftar, sibuk dengan keluarga dan juga sibuk memasak.. 🙂

Beberapa hari lepas terbaca satu perkongsian oleh seorang sahabat saya iaitu Kak Marhalis tentang perasaan kesal seorang ibu. Semasa anak-anak sedang membesar, dia tidak suka memasak kononnya kerana sibuk dan penat.

Bila anak-anak sudah membesar, hubungan menjadi kurang mesra kerana bila anak-anak balik ke rumahnya anak-anaknya lebih suka makan di restoran atau makan masakan isteri mereka.

Malah, suaminya juga lebih suka makan di luar berbanding makan masakan yang dimasaknya.

Bila baca kisah tu, saya berjanji akan meluangkan masa untuk memasak setiap hari.

Antara makanan yang saya masak selepas balik dari Guangzhou adalah Nasi Goreng Udang dan Spagetti Sardin. Yang bestnya, anak-anak suka sangat sampai makan bertambah-tambah.

Semoga saya terus diberikan kelapangan masa untuk memasak setiap hari supaya anak-anak dapat menikmati makanan yang bersih dan sihat.

Saya siap cakap dengan suami, “Nak makan apa, order je. Chef tersohor akan masak.” Hahaha.. confident tak?

 

One thought on “Sibuk Selepas Balik Dari Guangzhou

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *