Siapa Ketua?

Kadangkala bila anak minta sesuatu, saya akan suruh diorang minta pada ketua.

Ketua kat rumah saya pastilah suami saya. 🙂

Kalau ketua cakap boleh, baru boleh. Alhamdulillah diorang memang dengar sangat cakap ketua.

Pagi ni kan bermulanya cuti sekolah jadi Abang Iqbal dan Abang Adi nak main PS2. Sebelum ni suami saya pernah pesan kalau nak main, kena minta kebenaran dia dulu.

Kebetulan pagi ni suami ada hal di luar. Jadi anak-anak minta saya call suami untuk minta kebenaran.

Kepada ibu-ibu, boleh guna taktik ni tau. Terutamanya bila anak-anak suka minta belikan itu dan ini. Bila kita cakap tanya dengan ketua, dia akan diam.

Pastu by the time ketua ada kat rumah, diorang pun dah terlupa. 🙂

20120310-112029.jpg

3 hero yang takut dan hormat pada ketua 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *