Pengalaman Saya Bercerai Susu..

Disclaimer : Artikel di bawah adalah untuk rujukan ibu-ibu yang mungkin sedang dalam proses cerai susu dan mungkin kurang sesuai dibaca oleh pembaca lelaki yang belum bergelar bapa.

——–

Alhamdulillah dah genap seminggu Baby Ali bercerai susu. Plan asal nak bagi dia bercerai susu genap umurnya 2 tahun pada 26 April yang lepas, tapi disebabkan dia terkena penyakit tangan, kaki dan mulut, saya tangguhkan selama 2 minggu sehinggalah dia benar-benar sihat.

Saya mulakan proses cerai susu pada hari Sabtu minggu lepas. Sebelum tidur saya langsung tak bagi dia susu badan sebaliknya buatkan susu botol.

Malam tu hati rasa kesian sangat tengok dia mencari-cari susu badan dan tak lena tidur.

Pagi esoknya saya ada seminar MKFAIΒ tapi Baby Ali menangis nak menyusu badan. Ini menyebabkan saya terpaksa memujuknya sampai terlambat datang ke seminar. Sepanjang perjalanan ke seminar, saya rasa bersalah sangat.

Balik dari seminar, dia mengamuk lagi, jadi saya letakkan asam jawa dan kononnya nak bagi dia menyusu.

Bila dia tengok ada asam jawa yang kelihatan kotor, dia terus taknak. πŸ™‚

Alhamdulillah, cabaran dari Baby Ali dah berakhir tetapi saya mengalami bengkak susu yang sungguh menyakitkan sampaikan saya tidak boleh duduk meniarap mahupun mengiring.

Pada hari keempat dan kelima, bengkak masih belum berkurang dan terasa ketulan-ketulan.

Masa ni saya rasa risau sangat. Takut berlaku mastitis iaitu jangkitan pada buah dada. Dan takut juga seandainya ketulan-ketulan ini akan menyebabkan kanser payudara.

Tapi bila saya buat research di internet, saya dapati ini adalah proses normal dan ada ibu yang mengalami bengkak sehingga melebihi dua minggu. Fuhh.. lega!

Dua hari lepas Baby Ali mengamuk nak menyusu badan, dan saya letakkan pewarna merah seolah-oleh darah. Dia tertipu dan terus taknak! πŸ™‚

Dan selepas seminggu, Alhamdulillah sekarang dah tak ada sebarang ketulan dan bengkak pun dah hilang.

Adakalanya Baby Ali masih minta nak menyusu, tapi saya alih perhatian dia dengan mengajak dia bermain, tengok youtube dan sebagainya.

Kepada ibu-ibu yang mungkin dalam peringkat awal proses bercerai susu, sabar ya. InsyaAllah dalam masa seminggu je kesakitan tu akan hilang dan pengeluaran susu akan berhenti.

Kepada para bapa pula, fahami keadaan isteri dan kalau boleh tolong urut isteri dan juga buatkan susu untuk anak. Dah dua tahun isteri menyusukan anak. Apa salahnya anda meringankan sedikit tugasan isteri. Dengan cara ini isteri akan lebih menghargai dan menyayangi anda.

p/s : Dalam bab ni, saya bagi 100% markah pada suami saya. πŸ™‚

19 thoughts on “Pengalaman Saya Bercerai Susu..

  1. nurul

    tq for your tips..sy mmg brcdg nk brcrai susu ngan ank yg hmpr berumur 2 thn..hjt nk gnpkn hgga ank 2 thn x blh sbb sy nk furthur study n trpksa brpsh jauh,ank d lgkawi,sy d seremban,nk pg kurang 2 mggu lg,mmg sedih kn..insyaallah sy akn follow tips akk..tq

  2. noormelah

    Salam..saya akan ke oversea selama 2 minggu..nak tanya..kalau waktu sy pergi tu selama 2 minggu tu..adakah bila sy pulang tu nnt anak sy yg berumur 2 thn masih nk susu lg?

  3. fizah

    sy skrg tgh mgalami bngkak susu slepas stop mnyusu… dah 3 hari.. bengkak x surut2. adakah susu akan jd keras atau kering sndiri tnpa perah atau pam? sy mmg x perah atau pam skrg ni. sakitnye ya Allah…

  4. Farah atiqah

    Macam sy.. Anak bcerai susu bln 10 2017.. Tp smpai skang masih rse sakit kt pyudara.. Pakai bra pon sakit.. Bukak bra pon sakit.. Terlalu sensitif.. Adakah ni pon sebab bengkak susu?

  5. Hanim

    Sy perlu bercerai susu immediately kerana sy perlu buat biopsy n susu jadi berdarah… Jadi doc nasihatkan untuk berhenti terus dr beri susu badan kepada anak.. Kesian deeja… Dia baru setahun 2 bln n mmg x mahu susu formula. Tp payudara mmg sakit. Doc nasihatkan jika bengkak sy perlu pam utk keluarkan susu.. Is that ok dalam proses utk bercerai susu? Takut nnt jika masih mengepam, payudara akan ttp supply susu… ?

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Supply susu bergantung pada demand.

      Bila kita pam, demand akan berkurang dan eventually supply pun akan berkurang.

      Memang awal awal sakit. Tapi eventually okay.

      Memang kesian kat baby. Tapi kena kesian kat ibu juga.

      Kalau ibu tak sihat ibu pun tak boleh nak jaga baby dengan baik kan.

      Hope everything goes well ya. πŸ™‚

  6. Shirleen

    Salam saya nak tanya. Sy dah berhenti kan penyusuan, dan payudara sy mulai membengkak. Perlu ke saya mengepam/memerah susu? kalau tak keluarkan ada kesan apa2 tak. Sebab ada org cakap kalau tak keluarkan takut kena kanser,betul ke?

  7. shirleen

    salam sy nak tanya, sy da stop penyusuan dn payudara mulai membengkak, perlu ke sy mengepam/memerah susu itu?kalau tak payah ada kesan pape tak?sebab ada yang cakap boleh jadi kanser.

  8. Eija

    Sy nk tnye, brape lme masa diambil utk wean off puan Buat ni? Kalo dlm mse 3mggu dpt ke sy wean off bby sy..btw, bby sy da 1y4m da..n susu pon makin kurang da.

  9. Ayumi abdullah

    Sy ank br 1.. umur 2y 4bln.. belajar susu botol.. susu bdn msih wlpn dh jrg.. kdg kne pkse susu botol and pujok.. sy dh 1y lbih bg dia isap sebelah. Jd sblah lg dh ada ketulan bsr and saket.. isau jugak kot cancer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *