Nak Anak Hebat, Ibu Bapa Hebat Tak?

Sekarang ni saya nampak ramai sangat ibu bapa yang sangat gigih hantar anak pergi tuisyen, pergi kursus motivasi, pergi kursus kepimpinan dan hantar anak sertai pelbagai jenis kelas.

Tujuannya tak lain tak bukan untuk menjadikan anaknya hebat dan cemerlang.

Pada saya, bagus juga buat macam ni daripada biarkan anak habiskan masa buat benda yang sia-sia. Tapi kalau dah melampau sangat, memang tak patut.

Kadang-kadang saya rasa kesian dengan anak yang terseksa jiwa dan raga disebabkan ibu bapa yang terlalu obses. Hidup seolah-olah untuk belajar semata-mata. Nak main tak boleh, nak pergi rumah saudara tak boleh, semua tak boleh.

Tolonglah emak-emak semua janganlah terlalu paksa anak-anak belajar. Bagilah anak membesar secara normal. Kesian kat anak. Tertekan hidup diorang.

Yang saya peliknya, emak-emak macam ni tak cuba pun nak jadikan diri dia hebat dan cemerlang.

Dalam rumahtangga tak hebat. Dalam kerjaya tak hebat. Dalam bisnes tak hebat.

Hebat dalam bidang gosip artis, kisah peribadi jiran tetangga dan drama-drama bersiri.

Tengok anak relaks sikit, suruh anak belajar. Padahal maknya sibuk bergosip pasal orang.

Pada saya, macam ketam nak ajar anak berjalan dengan betul pun ye jugak.

Jangan sesekali jadi macam ketam ya!

Nak anak jadi hebat dan cemerlang, tapi diri sendiri tak cuba nak tingkatkan diri sendiri

Saya pernah dengar kata-kata Dr Fadzilah Kamsah,

Jangan takut kalau anak-anak tak dengar apa yang kita cakap, sebab anak-anak lebih melihat apa yang kita buat.

Jadi, kalau kita nak anak hebat, kita kenalah jadi hebat dulu. Tak baik kalau mengharapkan anak untuk ubah hidup kita. Jangan letakkan tanggungjawab kita di bahu anak-anak.

3 thoughts on “Nak Anak Hebat, Ibu Bapa Hebat Tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *