Pengajaran Daripada Pepatah Cina “Dig The Well Before You Are Thirsty”

“Dig the well before you are thirsty.” — Chinese Proverb

Sebenarnya quote di atas membawa maksud yang sama seperti pepatah melayu “Sediakan payung sebelum hujan”. Walaupun kita memang biasa mendengar pepatah ini tetapi adakah kita mengamalkannya?

Ramai antara kita yang suka mengeluh apabila mengahadapi sesuatu masalah terutamanya berkenaan dengan masalah kewangan. Tambahan pada masa sekarang ni.. pasti ramai ibu bapa yang sedang runsing memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk menghantar anak meneruskan pengajian ke matrikulasi, kolej atau universiti.

Sepatutnya sebagai ibu bapa mereka patut memikirkan masalah ini semasa anak-anak mereka masih kecil dan menyediakan tabungan untuk anak meneruskan pengajian.

Teringat saya pada seorang rakan konsultan unit amanah Public Mutual yang juga merupakan seorang pesara guru. Dia pernah berkongsi kisahnya yang memang suka menyimpan duit daripada muda. Sebaik sahaja beliau melahirkan anak, beliau akan membuka akaun simpanan untuk anak dan akan membuat simpanan tetap sebanyak RM20 setiap bulan melalui potongan gaji.

Dia juga menunjukkan buku akaun simpanan kepada anak-anaknya. Secara tidak langsung ini telah menanam minat menyimpan duit ke dalam diri anak-anaknya.

Alhamdulillah hanya dengan menyimpan RM20 setiap bulan, apabila sampai masa untuk anak-anak beliau melanjutkan pelajaran ke universiti, beliau tidak pernah menghadapi masalah kewangan kerana jumlah simpanan bagi setiap anaknya adalah melebihi RM5000 seorang. Walaupun jumlah ini tidak terlalu besar, tetapi ia cukup untuk menampung yuran dan sara hidup anaknya sebelum mendapat  duit biasiswa atau pinjaman.

Beliau juga berkongsi kegembiraannya kerana anak-anaknya juga mengamalkan tabiat suka menyimpan. Bayangkan, pelabur pertama beliau adalah anak beliau yang sedang menuntut di universiti dan mampu melabur sebanyak RM3000.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada kisah beliau ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *