Bukan Senang Nak Anak Pandai..

Mengajar anak memang perlukan kesabaran yang tinggi. Terutamanya nak mengajar membaca dan juga mengajar Iqra’.

Tambah-tambah bila ada budak kecik yang suka mengacau. Nak marah, kecik lagi. Taknak marah, makin menjadi-jadi.

Tapi kunci untuk mengajar anak adalah istiqamah.

Contoh nak ajar anak baca Iqra’. Tak boleh ajar satu muka surat, baca separuh muka surat @ 4 baris pun dah ok. Kalau 4 baris pun lama sangat, at least ajar 2 baris je.

Yang penting, mak kena lebih bersemangat dari anak. Kalau tak, selama-lamanya anak takkan pandai.

Dan bila yang sulung dah pandai, lepas tu dia pulak boleh tolong ajar adik-adik yang lain. 🙂

p/s : Entri ditulis sambil mengajar Abang Adi baca Iqra’.

20120309-202715.jpg

Abang Iqbal melayan Baby Ali supaya dia tak kacau Abang Adi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *