Betul Ke Setiap Anak Ada Rezeki Masing-masing?

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya rasa betul sangat.

 

Antara rezeki semasa mengandungkan Abang Iqbal adalah :

1. Semasa saya mengandungkan Abang Iqbal, saya bekerja sebagai Technician. Masa tu saya redha je sebab saya terdesak. Saya pernah menulis di sini tentang cabaran semasa saya mengandungkan Abang Iqbal.

Tapi Alhamdulillah selepas saya habis cuti bersalin, saya temankan anak saudara suami interview jawatan operator di sebuah syarikat. Semasa saya menunggu, saya berbual-bual dengan seorang pakcik guard. Saya tanya ada jawatan kosong tak untuk jawatan Engineer. Dia cakap dia tak tahu. Tapi dia minta saya beri resume dan nanti dia tolong passkan pada HR.

Esoknya saya bagi resume dan dalam seminggu saya dipanggil untuk temuduga. Seterusnya saya dapat kerja sebagai Engineer di syarikat tu.

2. Suami dapat kerja sebelum habis belajar.

Suami saya praktikal di sebuah syarikat. Selepas praktikal tu dia ada satu semester pengajian lagi. Tapi disebabkan bos tempat praktikal tu suka dengan suami, dia terus offer suami untuk kerja kat situ.

Kiranya masa semester akhir tu suami dah ada kerja tetap.

 

Antara rezeki semasa mengandungkan Abang Adi adalah :

1. Saya dapat kerja sebagai Test Engineer. Sebelum tu saya tak kerja selama hampir setahun kerana MLM.

Saya apply melalui Jobstreet. Kalau ikutkan susah jugak nak dapat kerja semula sebab majikan fikir kita suka bisnes dan mungkin sibuk cari peluang bisnes sehingga tak fokus dengan kerja.

Tapi Alhamdulillah saya berjaya . Yang bestnya (dan adakalanya tak best), saya Engineer perempuan pertama kat syarikat tu. 🙂

2. Lepas Abang Adi lahir, saya mengikuti seminar Irfan Khairi untuk memulakan perniagaan melalui internet.

Lepas tu saya terpengaruh dengan sebuah bisnes pelaburan melalui internet. Saya dapat kumpul hampir RM30,000 dalam masa sebulan. Tapi lepas tu ternyata syarikat ni menipu dan saya termenipu. Lepas tu terus serik dengan apa jua skim pelaburan yang tak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

3. Lepas tu jugak saya nampak iklan tentang kerjaya Unit Trust Consultant Public Mutual melalui internet.

4. Saya dapat offer buat Sarjana Keusahawanan IT secara tak sengaja. Kawan saya minta saya temankan dia datang ke taklimat tentang kursus ni. Last-last saya turut sama berdaftar. 🙂

 

Antara rezeki semasa mengandungkan Ali :

1. Saya tak sihat semasa mengandungkan Ali jadi saya tak boleh keluar rumah. Jadi saya gunakan internet untuk mempromosikan pelaburan unit trust dan peluang kerjaya sebagai UTC.

Dari situ group saya berkembang besar ke seluruh Malaysia. Kalau bukan disebabkan Ali, saya mungkin tak berjaya macam sekarang. Saya ada kongsikan pengalaman saya di sini.

 

Jadi kepada para pembaca yang mungkin dalam dilema samada nak mengandung atau tidak disebabkan faktor kewangan, jangan risau ya. InsyaAllah setiap anak ada rezeki masing-masing.

Kalau Allah dah bagi tu, maknanya Dia tahu kita layak dan mampu untuk jaga amanah yang diberikanNya.

 

5 thoughts on “Betul Ke Setiap Anak Ada Rezeki Masing-masing?

  1. insan

    elok la kalau ada berfikir anak tu rezeki. mcm sy dapat panggilan peperiksaan SPA tak lama lg. tp yg sadisnya ada pemeriksaan fizikal,bmi, penglihatan. parents lak cakap “tu la, mengandung lagi.coba carik keje dulu” hmm…sedih kan. cos anak 1st sy dah 5thn…ni tgh sarat yg ke dua… byk la dugaan 🙁

  2. einhyatt

    Betul kak… anak tu dah keluar perut pon byk je bukti2 rezeki ade utk die…
    Anak sy br sorang, dr dulu mmg cita2 nk hantar die playschool seawal mungkin, tp kalau congak2 gaji org gomen ni takdela mampu mane nak hantar skolah mahal2, apetah lg yuran pendaftaran pon cecah rm2000.
    Nak dijadikan rezeki, when the time comes yang die kene daftar, ade je duit tu tah dtg dari mane wpun berbulan2 sblm tu dok fikir mane nk cari duit ni…
    alhamdulillah kan ..Allah ar Razzaq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *