Akibat Kesian Sangat..

Pagi ni rasa sebak sangat masa hantar Baby Ali ke taska. Sampai je kat taska, dia menangis. Bila saya bagi dia pada cikgu, lagi kuat tangisan dia.

Masuk je dalam kereta, saya pun call suami..

Saya : Baby Ali menangis. Saya rasa kesian sangat.

Suami : Sabarlah. Kan dah dua hari cuti. Tu yang dia menangis.

Saya : Saya rasa bersalah hantar dia ke taska. Padahal saya boleh je duduk rumah dengan dia.

Suami : Takpe, kita kenalah ajar dia. Nak dengar kisah orang kampung saya?

Saya : Macamana?

Suami : Ada orang kampung saya. Dia sebaya dengan saya dan dijaga oleh nenek. Masa darjah 1, setiap hari nenek dia hantar dia pergi ke sekolah dia menangis. Lepas tu nenek dia bawa balik sebab rasa kesian.

Tiga bulan berturut-turut dia menangis dan nenek dia bawa dia balik. Akhirnya sebab terlalu kesian, nenek dia terus tak hantar dia pergi ke sekolah.

Sampai sekarang dia tak pandai membaca dan tak bekerja. Sebabnya.. nenek dia kesian sangat!!

Saya : Okaylah. Boleh tak saya nak tulis kisah ni dalam blog? 🙂

Suami : Tulis tulis. Memang saya setuju sangat kalau awak tulis kisah ni. Sebab memang ramai ibubapa yang kononnya kesian sangat dengan anak.

Saya : Okay. Bye.

 

Lepas dengar kisah ni, rasa lega sikit. Bolehlah bekerja dengan tenang.

4 thoughts on “Akibat Kesian Sangat..

  1. surynn

    Betul3! Ada pulak tu… kesian kan anak bagi makan banyak-banyak, bila anak dah jadi gemuk…mak sendiri kutuk anak..dan tak nak bawak anak kalau pergi jalan2 sebab malu anak gemuk katanya. Dulu , bila kita nasihatkan , dia kata sebab kesian, sebab sayang bagi makan banyak2… kalau dia x kesah xpela. tapi malangnya bila anak gemuk, dia yang kutuk..emmm.. Kena faham maksud kesian la kan dan biar lah kesian tu bertempat .. 🙂

  2. hayrin

    rasanya perasaan tu normal kot utk seorang ibu apatah lagi yang bekerjaya… tiap2 hari rasa kesian kat anak walaupun da 12 tahun hantar anak ke pengasuh 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *