Akak Marah Anak Tak?
Hari ni salah seorang business partner saya datang ke rumah dan tanya soalan ni.
Jawapan saya,
Mestilah marah……. 🙂
Pastu saya tanya Adi,
Umi : Abang Adi, umi garang tak?
Adi : Garang…. Macam harimau!
Memang saya dan suami agak tegas dengan anak-anak.
Mungkin ada sesetengah orang taknak marah atau pukul anak, tapi pada saya, kita sebagai ibu bapa pun tak boleh terlalu berlembut.
Bila kita dah marah atau pukul bila dia buat sesuatu yang salah, anak-anak akan faham dan akan jadi serik untuk buat lagi. Kita pun akan lebih sayangkan dia.
Tapi kalau kita biarkan je dan dia menjadi terlalu mengada-ngada dan tak mendengar kata, kita jugak yang susah. Orang luar pun akan rasa menyampah dengan anak-anak kita.
Mengikut kajian pun, kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas lebih pandai menyesuaikan diri. Boleh rujuk artikel Why Children Do Best With Strict Parents untuk bacaan lanjut..
- Awak Dah Mengandung Ke?
- Segar Selepas Berehat Seketika..
Saya terkadang juga ada marah dengan anak. Hanya saja, selepasnya, yang ada hanya rasa menyesal karena memarahi anak. Hanya selelu berdoa diberikan kesabaran lebih agar sebisa mungkin tidak marah dengan anak (anak-anak masih balita (bawah lima tahun) :'(
Kadang-kadang terlepas juga kemarahan pada anak. Apabila dikenang baru menyesal. Kena belajar buang ego dan minta maaf walaupun kepada anak.