Hi

Hi, I’m back.

Terpanggil nak update blog sebab semalam Kak Long saya cakap ada someone tanya dia kenapa saya dah lama tak update blog.

Hihi..

TQ awak sebab sudi baca blog saya.

Maaf tau sebab lama tak update.

 

Alhamdulillah dah 6 bulan menetap di Kajang dan rasanya this is the best decision for my life and business.

Dalam tempoh 6 bulan ni dari Januari ke Jun 2016 banyak benda berlaku antaranya :

  1. Grand Opening Benang Hijau Kota Damansara
  2. Grand Opening Benang Hijau AEON Shah Alam
  3. Grand Opening Benang Hijau Cyberjaya
  4. Grand Opening Benang Hijau AEON Kota Bharu
  5. Reopening Benang Hijau Bangi

 

Selain tu, tahun ni juga saya banyak buat media appearance di surat khabar, majalah dan TV.

Sejujurnya bukan sebab nak glamer. Kalau boleh taknak orang kenal pun saya. Niat ikhlas nak memajukan bisnes semata-mata.

Sebelum buat keputusan nak expose diri sendiri, saya banyak bertanya pada orang orang yang berjaya.

Saya ada attend Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial yang dianjurkan oleh Irfan Khairi.

Dalam kelas pertama, saya ada tanya Irfan Khairi, patutkah kita perkenalkan diri kita atau lebih baik popularkan jenama sahaja?

Irfan Khairi cakap lebih baik kita perkenalkan diri kita kerana dengan cara ni kita akan dapat lebih banyak peluang.

 

Cuma tulah, bila nak share something tu kan, selalu terfikir, apalah agaknya perasaan orang yang baca.

Nak share lelebih kang ada yang menyampah @ rasa saya menunjuk. Tu yang akhirnya tak update blog berbulan bulan.

 

Masa tulis ni pun sebenarnya dalam kelas YouTube & Video Marketing. Penceramah dok cakap pasal konsistensi. Kalau buat video, kena konsisten. Tulis blog, kena konsisten. Hihi.. Kena setepek. Tu yang terus update blog. 🙂

So with this, insyaAllah saya cuba update dengan lebih konsisten ya. Banyak nak share sebenarnya. Tungguuuuuuu!!!!!

 

Seronok

Hari ni kononnya nak delete semua nama B***** H**** dari blog. Kononnya supaya orang tak jumpa blog ni bila buat carian di google.

Pastu saya pun bukaklah satu-satu artikel lama. Ingatkan sikit, banyak rupanya yang ada perkataan B***** H****. Tak laratlah kot nak edit. So biar jelah dulu.

Bila baca artikel lama tu rasa seronok pulak. Macam segar je ingatan terhadap aktiviti dolu-dolu. 🙂

 

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Konon azam nak blog in English. Tapi macam tak best pulak. So kita tulis dalam BM jelah ya. Sedap sikit nak bercerita. Hehehe..

 

Dalam kesibukan terbaca headline pasal mahasiswa ikat perut. Tapi tak baca artikel penuh pun sebab faham sangat sekarang ni semua benda nak diviralkan. Asal boleh je.

 

Alkisah dahulu saya adalah seorang mahasiswa biasa-biasa yang cuba sedaya upaya untuk survive dengan duit biasiswa.

 

Alhamdulillah saya dapat biasiswa JPA tapi jumlahnya pun tak terlalu banyak. So saya selalu gak kerja part time.

Antara kerja yang pernah saya buat adalah kerja di kilang buat diapers, kerja di MPH dan juga pernah kerja sebagai kerani part time dengan syarikat kontraktor.

 

Saya dulu bertemu jodoh awal iaitu di tahun ketiga pengajian. Masa tu kami sama-sama naik motor je. Saya naik motor KRISS dan suami naik RXZ.

 

Semasa di tahun akhir, suami saya jual motor RXZ dia dan guna duit tu untuk bayar downpayment kereta Kancil 850 dan lepas tu saya buat bisnes sewa kereta.

 

Kelakar gak bila ingat-ingat balik sebab masa tu memang duit cukup-cukup je. Minyak pun selalu kat bawah-bawah. At one time salah seorang penyewa mengalami masalah kereta mati sebab kehabisan minyak. Memandangkan dia baru sahaja sewa dan kereta mati dalam perjalanan ke stesen minyak, jadi saya terpaksalah selamatkan dia.

Ada juga kes penyewa patahkan signal.

 

Tapi memang masyuk gak bisnes ni sebenarnya. Saya stop bila dah habis belajar dan dapat kerja sebagai Test Technician.

 

Masa dah kerja tu pernah la tak cukup duit nak bayar kereta sampai saya terpaksa jual motor KRISS saya. Sedih sangat masa jual tu sebab banyak kenangan manis dengan motor tu.

 

Okay. Lain kali kita sambung lagi ya. 🙂