Hello Monday!

Hari ni banyak benda best berlaku.

Pagi pagi jumpa dengan wakil dari syarikat mesin sulam yang membawa khabar gembira.

Mesin sulam yang saya order minggu depan akan sampai. Wohooo!!

Tak sabar nak hasilkan koleksi tudung dan baju dengan sulaman yang esklusif.

 

Setiap kali tengok baju baju dari brand ternama yang ada logo yang bersulam (terutamanya baju lelaki) memang rasa gerammmmm je.

Nak sangat sulam logo pada semua produk Benang Hijau.

Kalau sebelum ni takde logo, tak sabar nak ada logo.

Sekarang dah ada logo, lagilah tak sabar nak sulam logo.

 

Tetiba dalam dilema tak tahu nak letak mesin kat mana. Bangi @ KB.

Tapi logiknya letak di KB la sebab di situlah production kami kan.

Hihihi..

 

Pastu hari ni juga buka preorder untuk koleksi baju raya Benang Hijau.

Sebenarnya dah lama tak buat sistem preorder.

Tapi disebabkan ramai yang dah bertanya dan dah tak sesabar nak beli di samping kerisauan kotlah customer dah kehabisan budget untuk beli baju raya by the time baju siap, maka kami pun buatlah.

Dan Alhamdulillah, dah ramai yang place order terutama untuk design Autumn Tree.

Bila tengok senarai order yang masuk, rasa gembira sangat. Gembira atas kepercayaan para pelanggan.

 

Okay bye. Nak sambung baca buku Trust Me I’m Lying by Ryan Holiday. 🙂

 

 

RM136.47

Di tengah tengah malam yang indah ni tetiba teringat nak cek akaun Nuffnang. Nak tengok ada dapat duit tak dari iklan Nuffnang selama ni.

Tengok tengok ada rupanya. RM136.47. Cukuplah untuk beli dua helai baju kurung seperti saranan First Lady kita. Hohoho..

Screen Shot 2016-06-12 at 1.18.13 AM

 

Once again, sorry for the long hiatus.

Memang busy. Tapi sebenarnya ada je masa. Everynight ada je masa untuk baca forum gosip dan juga tengok ruangan Business For Sale di mudah.my. Hihihi..

Tulah dua benda yang i religiously buat for the past few years.

 

Hari ni another fruitful day. Pagi seminar dan malam ada meeting dengan my branding consultant yang sangat hebat.

Banyak benda yang kami discuss tadi among other things pasal opening outlet baru Benang Hijau di Ipoh, fashion show pada Rabu depan, our upcoming cafe, our staff development and team building session, our online drama sponsor and this week we will have another meeting because they wanna introduce me to a few guys that can help me to grow my business.

Dah makin tua ni memang rasa masa berlalu sangat pantas.

Macam tak cukup masa nak buat semua benda.

Tapi I also dont want to push myself so hard. As long as I try my best, then its okay.

Rezeki ni macam air di lautan.

Memang ada banyak sangat.

Tapi kita ambil setakat yang kita mampu jelah.

Nak amik dengan gayung ke, baldi ke, dengan besen ke, terpulanglah.

Jangan dengki dengan orang.

Just fokus buat kerja kita je.

InsyaAllah rezeki tu takkan habis.

Cukup untuk semua yang berusaha.

 

Tomorrow is a Sunday. Alhamdulillah I dont have any appointment. But I was thinking to visit a few AEON Malls because I got great offers from them to expand my business in more AEON Malls.

Okay bye. Good night & sweet dreams! 🙂