Mood Baik

Hihihi…

Hari ni pagi pagi pergi ke tempat supplier mesin sulam sebab suami dan Creative Team nak pergi belajar software untuk mesin sulam.

Sementara diorang belajar, saya test mesin untuk print kain.

Ya Allah bestnya. Nak jugakkkk!!!

InsyaAllah kalau dah hampir settle payment untuk mesin sulam ni, bolehlah order mesin printing pulak.

 

Petang pulak ada appointment dengan konsultan yang sangat best. Bincang bincang tentang finance management. Dia sangat cool dan suruh kitorang fokus untuk kembangkan bisnes sahaja. Urusan filing filing reporting reporting jangan risau semua team dia boleh uruskan. Yeayyy!!!

 

Hari ni jugak jumpa 3 team member baru. Sorang Akaun. Sorang HR. Sorang Graphic Designer. Ketiga tiganya berpengalaman dan insyaAllah boleh bantu syarikat untuk terus berkembang dengan jayanya.

 

Pastu lewat petang pulak meeting dengan Sarah berkenaan projek terbaru kami di London.

InsyaAllah akan ke London hujung bulan ni untuk perkenalkan produk Benang Hijau.

 

Itu sahaja laporan gembira untuk hari ini.

InsyaAllah esok pun ada beberapa meeting yang best.

 

Nantikan update seterusnya. 🙂

Tipu Je

Tipu je nak update blog selalu kan. Last last tak update pun.

Hari ni ada a few berita baik.

Alhamdulillah mesin sulam dah sampai. Jadi lepas ni bolehlah kami menyulam nyulam dengan jayanya. Wohoooo!!!

Pastu hari ni jugak team Big Tree tunjuk gambar billboard kami yang paling besar yang dipasang di MRR2.

Macam tak percaya dah achieve dua impian ni.

 

Alhamdulillah sales sepanjang bulan puasa ni sangat baik. Silap kami tak produce terlalu banyak baju raya sebab semua orang pun bershopping sakan seolah olah takde kegawatan, takde yang dibuang kerja dan ekonomi maintain je.

 

Alamak ngantuk pulak. Okay bye!

Hola Sunday!

Salam semua..

Sepanjang minggu lepas jumpa beberapa orang yang menyatakan bahawa dia ada baca blog saya.

Alamak, malu kita awak. Jangan baca semua tau. Tak best pun. Poyo je lebih. 😛

 

So update aktiviti sepanjang minggu ni..

Selasa

Settlekan sulaman pada baju dan tudung untuk fashion show. Comel sangat supplier mesin sulam tu sebab dia pun excited nak pergi fashion show.

Pastu petang attend majlis berbuka puasa dengan HotFM. Dapatlah berjumpa dan beramah mesra sebentar dengan Seelan Paul.

Dah lama nak jumpa Seelan sebab selalu dengar cerita yang best best dari team dia. So nak sangat belajar camana nak jadi bos yang disayangi.

Team HotFM memang sangat happening. Semua sporting dari DJ, admin, sale sehinggalah ke management diorang.

Alhamdulillah dorang tempatkan saya dan anak-anak di meja VIP betul-betul di depan pentas dan sempatlah saya berkenalan dengan bos bahagian Sales & Marketing dorang dan juga orang kuat AmBank dan Honda Malaysia.

Rabu

Pagi pagi jumpa dengan Cik CEO yang baru sampai dari Kelantan.

Kepada yang belum tahu, Cik CEO adalah salah seorang staf Benang Hijau yang paling bersemangat dan bersungguh sungguh. Sekarang saya sedang groom dia untuk jadi CEO dengan harapan saya dapatlah mencapai cita cita baru saya sebagai seorang suri rumah.

Ngader kan. Dah ada bisnes nak jadi suri rumah pulak.

Tapi tulah. Sebenarnya sekarang ni bila sibuk rasa bersalah dengan anak-anak. So setiap hari fikir macamana nak automatekan lagi bisnes dan delegate lebih banyak kerja supaya saya dapat spend more quality time with the kids.

Selepas mengadu domba dengan Cik CEO yang sangat dirindui, saya sambung persiapan fashion show.

Tetiba dapat idea nak tambah kristal Swarovski di tudung la, di baju la, di lengan baju la. So kita pun buatlah.

Buat punya buat sampai pukul 4 petang.

Fashion show sepatutnya start pukul 6. Tak ke haru.

Dekat pukul 5 baru gerak dan jalan tersangat jem sebab venue yang dibuat adalah di kawasan berdekatan KLCC.

(bersambung….)