Ali Pergi Sekolah

Hari pertama Ali pergi ke sekolah.

Ali sangat excited. Saya dan suami lagilah excited. Hihihi…

Ali dah bangun awal. Sebelum pukul 7 dah bangun.

Tapi kami tinggalkan dia untuk mandi dan makan dulu sementara kami hantar abang ke sekolah.

Bila kami sampai di rumah, dia dah standby depan pintu dengan beg. Comel sangat.

20140121-085220.jpg
Hi.. Saya nak pergi sekolah ni!

Ingatkan sampai kat sekolah dia okay. Sekali dia tak kasi saya balik. Dia nak saya sama-sama masuk.

Saya pun masuklah sekejap. Lepas tu cikgu pun keluarkan mainan dan dia pun main dengan kawan-kawan baru.

Bila dia dah seronok main, saya pun bagitau dia saya nak pergi tandas dan nanti saya datang semula.

Alhamdulillah dia okay je.

Sebelum pukul 12 kami dah tunggu di luar pagar. Tak sabar nak tanya cikgu samada dia okay tak.

20140121-120341.jpgSaya dah nak balik! 🙂

Cikgu cakap dia okay je. Tak nangis dan tak berebut mainan.

Bila saya tanya, Ali katanya seronok dan esok nak pergi sekolah lagi.

Alhamdulillah..

Sampai rumah terus buka beg kononnya nak buat kerja sekolah. Tapi bila disuruh mandi, terus dia bukak baju dengan gembira. 🙂

Seronok Hantar & Ambil Anak

Dulu dulu rasa pelik dengan ibu bapa yang kerjanya hantar dan ambil anak sekolah.

Macam takde kerja lain je. Macam buat kerja tak produktif. Macam tak pandai delegate kerja kepada orang lain. Macam tak pandai uruskan masa.

Tapi bila dah makin dewasa, bila anak-anak dah makin membesar, saya mula sedar bahawa anak-anak membesar terlalu pantas.

Masa kecik ni la kita nak luangkan masa dengan dia. Sambil-sambil berbual, berkongsi cerita dan juga mengajar nilai-nilai murni.

Sebab tu sekarang ni walaupun ada assistant, saya dan suami tetap hantar dan ambil anak sendiri, kecuali bila kami outstation atau ada hal yang tak dapat dielakkan (termasuklah kes penat sangat selepas dah sibuk ke sana sini).

Jarak antara sekolah dan rumah kami dalam 12km dan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Ali pun sangat excited time nak ambil abang-abang dari sekolah sebab kat situ ada playground yang selesa.

Bila dah sampai rumah pulak, dia terus bukak baju dan terus masuk bilik air sebab nak mandi sama-sama. Kadang-kadang abang belum masuk rumah tapi dia dah standby dalam bilik air. Hihihi..

Ali ni suka sangat mandi. Dalam sehari paling kurang pun 3 kali. Tu pun pantang masuk bilik saya, terus nak bukak baju dan cakap,

Ali baru mandi sekali. Ali kena mandi lagi.

 

 

Kat sekolah tu ada juga pelajar yang dihantar dan diambil oleh driver. Tapi bila tengok muka diorang, monyok je.

Bersyukur sangat kami diberikan kelapangan masa untuk hantar dan ambil anak setiap hari.

Dahlah kat Kelantan ni banyak gerai kuih muih yang sedap sedap. Jadi on the way pergi dan balik tu sempatlah jugak kami singgah mana-mana. Hihihi…

 

Dalam dua minggu lepas sementara menghabiskan masa nak ambil anak, kami jalan-jalan ke Mydin Kubang Kerian dan ternampak ada deretan kedai baru kat dalam shopping mall tu.

Bila tanya management, rupanya diorang baru je siapkan kedai tambahan tu dan belum ada penyewa lagi.

Setelah fikir fikir dan bincang bincang, saya book lot kedai tambahan pertama dengan lokasi yang paling strategik.

Sekarang tengah tunggu kelulusan dari pihak Mydin dan insyaAllah kalau tiada halangan akan mula berniaga dalam bulan Mac ni.

Kiranya nanti kedai ni tak jauh sangat dengan sekolah anak. Bolehlah singgah jenguk kedai sementara ambil anak dari sekolah. 🙂

 

Sekarang kami buat peraturan baru. Dalam perjalanan pergi dan balik sekolah semua orang kena cakap dalam bahasa inggeris.

Hari pertama tersangat kekok. Maklumlah saya pun jarang practice kan.

Hari kedua kurang kekok.

Dan hari-hari seterusnya anak-anak makin confident dan mula belajar perkataan baru.

 

Cuma kadang-kadang tu time diorang excited bercerita diorang guna BM jugak sebab belum pandai nak sampaikan cerita lengkap dalam bahasa Inggeris.

 

Sebelum pindah ke Kelantan, Abang & Abang Adi pergi sekolah dengan bas sebab jarak antara sekolah dengan rumah dalam 35km.

Perjalanan diorang ke sekolah dalam tempoh 45 minit macam tu. Dalam perjalanan pergi dan balik diorang selalu tertido kepenatan.

Bila fikir balik, rasa kesian pulak kat diorang sebelum ni. Bila dah sampai rumah, penat sangat. Saya pulak sibuk je. Jadi kadang-kadang tak sempat berbual dengan anak-anak.

Alhamdulillah penghijrahan kami ni dapat meningkatkan masa berkualiti dengan anak-anak, merapatkan hubungan dan juga menambahkan lagi keselesaan anak-anak.

 

Gemok Dan Sihat

Semalam check up pregnancy dan doktor suruh saya minum air gula pagi ni untuk cek samada saya ni ada kencing manis atau tak.

Untuk minum air gula ni, kena berpuasa dari pukul 10 malam. Tapi sebab saya dinner awal, saya dah berpuasa dari pukul 8 malam.

Pukul 8 pagi lepas hantar anak-anak ke sekolah saya pun terus ke KBMC.

Mula-mula nurse amik darah.

Pastu dia bagi minum air ribena yang tersangatlah manis. Okaylah jugak minum air ribena. Dulu masa mengandungkan Ali kena minum air gula semata-mata dan memang rasa tak boleh telan.

Lepas tu dia suruh puasa lagi dalam 2 jam dan datang lagi dalam pukul 10 pagi untuk ambil darah.

 

Sementara menunggu, saya balik rumah, amik PA dan bawa ke pejabat Public Mutual Kota Bharu untuk kenal tempat dan juga untuk install CAMS di laptop cik PA.

Selesai urusan di sini, patah balik ke KBMC.

 

Masa tu dah rasa lapar sangat. Yelah, tak makan dari pukul 8 malam kan.

Sementara menunggu untuk ambil darah, terus standby sandwich dan air. Selepas amik darah, masuk kereta dan terus ngap. 🙂

 

Lepas tu balik rumah.

 

Petang ni dapat berita gembira. Alhamdulillah saya takde kencing manis.

Fuhhhhh… lega sangat.

Kalau ada, memang renyah. Sebab nanti nak kena ambil darah dalam 3 kali sehari camtu.

 

Pendek kata, walaupun gemok, tapi masih sihat. Hihihihi…

 

Tapi tak bermakna lepas ni boleh melantak macam-macam kan. InsyaAllah nak cuba control makan jugak. Taknaklah berat naik melampau-lampau dan seterusnya menyusahkan diri sendiri yang tak larat bawa badan.

 

Itulah berita yang sangat menggembirakan saya untuk hari ni. Serius lega.

 

Ada satu lagi berita best. Pagi tadi Ali cakap nak sekolah. Dia bosan duduk rumah je menunggu kepulangan Abang & Abang Adi.

So tadi saya dan suami pun bawa dia ke sekolah PASTI berdekatan rumah untuk mendaftar.

Yuran PASTI kat Kelantan ni murah sangat. Untuk bulan ni RM30 sebulan sebab balik pukul 12 tengahari. Dan seterusnya cuma RM40 sebulan dan balik pukul 1 tengahari. Yuran ni siap dengan makan pukul 10 pagi dan juga sedikit kuih muih sebelum balik.

Yuran PASTI kat Johor masa zaman Abang Adi dulu dalam RM80 sebulan tapi makanan kena bawa sendiri. Tu pun saya rasa dah rasa murah.

Tapi RM40 sebulan tu macam terlampau murah. InsyaAllah ada rezeki lebih mungkin kami akan sponsor kuih muih @ apa-apa keperluan sekolah.

 

Macam tak sangka Ali dah nak sekolah. Kejap betul masa berjalan.

Kat borang tu kena tulis in case anak ada sebarang penyakit @ apa-apa masalah.

Saya tulis : GARANG.

Hahaha…

Sebab Ali ni memang garang dan asyik nak menang je. Maklumlah anak bongsu (setakat ni). Harap-harap bila dah sekolah dia jadi makin pandai dan makin bertolak ansur.

Tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah esok. Hihihi..