Cabaran Bos

Alhamdulillah semalam tidur awal dan hari ni bangun dalam keadaan segar bertenaga.

Sebagai bos, setiap hari ada je cabaran tapi cabaran tulah sebenarnya yang akan membuka mata kita bagaimana untuk perbaiki prosedur bisnes kita.

Staf memang bersilih ganti tapi yang penting pemilik perniagaan kena terus maintain bersemangat dan terus cuba memajukan bisnes.

Sebagai pemilik bisnes kecil
kecilan yang dapat bantu memberi gaji bulanan kepada lebih 20 orang pekerja, ia dah jadi satu tanggungjawab.

Alhamdulillah dengan bisnes ni saya juga dapat bagi peluang kerja kepada adik-adik yang sedang belajar di universiti dan nak kumpul duit untuk membayar yuran.

Semalam saya terima surat habis kontak untuk salah satu kiosk di JB.

Sebenarnya saya tak kisah sangat pun kalau dah tak boleh sambung sebab sekarang saya prefer berniaga di kedai berbanding kiosk. Tapi 2 staf kat sana sedih sangat sebab diorang nak terus kerja dengan saya.

So insyaAllah hari ni nak cuba bincang dengan management. Harap-harap boleh sambung lagi.

Lebih Sibuk Dari Biasa

Esok dah hari Rabu. Rasa sekejap je masa berjalan selepas saya upload koleksi terkini Shawl Nadeera pada hari Jumaat yang lepas.

Dari hari Jumaat sampailah hari ni saya dan suami tersangatlah sibuk.

Serius penat sebab kali ni semua kena buat sendiri sebab PA dan tukang jahit dah takde.

PA dah sambung belajar di UiTM dan tukang jahit pulak masuk kelas memandu.

Kebetulan sungguh. Time barang tengah sampai ni takde pekerja. Sebelum ni saya dok risau pekerja takde kerja sebab takde barang.

Tapi yang bagusnya bila dah buat sendiri ni ada banyak proses yang dapat diperbaiki.

Kalau sebelum ni takde SOP tentang cara pembungkusan barang, tapi bila saya sendiri dah packing berpuluh-puluh parcel, saya pun dah dapat cara terbaik untuk packing.

Sekarang ni pun saya lebih organized berbanding sebelum ni. Semua benda saya akan masukkan dalam Note di iPhone. Kalau dulu guna Note sediaada tapi sekarang gigih siap beli app yang lebih canggih yang boleh terus synchronize dengan Google Drive.

Weekend ni plan nak ke Bangi (dan juga mungkin ke JB) untuk hantar barang dan juga bayar gaji pekerja. Masalahnya shawl pun belum siap jahit lagi ni.

Dalam keadaan sibuk teramat ni, teringat sharing dari En Ismail (rakan UTC yang juga merupakan lecturer Fakulti Pengurusan, UTM). Katanya salah satu fasa nak berjaya ni adalah kita masuk dalam fasa The Zone.

Dalam fasa ni, kita sangat fokus dengan bisnes kita dan kita sangat sangat sibuk.

Memang penat. Memang perit.

Tapi selepas melalui fasa ni, insyaAllah kita akan mencapai kejayaan yang besar.

Rasa macam betul je. Sebab kadar kesibukan sekarang ni menyebabkan saya pun takde masa nak habiskan duit.

Buat kerja, makan, tido. Tu je. Tak sempat nak habiskan duit. Dia punya penat tu, sampaikan nak singgah berhenti beli goreng pisang tepi jalan pun rasa tak larat.

Tapi bagus jugak sibuk sibuk ni. Kalau tak sibuk, macam-macam penyakit datang.

Bila dah sibuk, sihat je. Pastu tak la tertunggu-tunggu sangat masa untuk bersalin. Hihihi..

Okay bye. Nak tido dulu. Sampai jumpa lagi!

Aktiviti 1 Mac 2014

Dah hampir pukul 2 pagi tapi belum boleh lelapkan mata.

So mehlah kita share aktiviti mak buyung hari ni.

Bangun pagi dah sibuk uruskan order sebab hari ni admin online cuti.

Dalam pukul 11 lebih keluar temankan suami yang nak makan Nasi Abe Mie. Kalau kat KB ni memang glamer sangat tempat ni.

Kalau nak datang, kena alas perut sikit sebab nanti nak kena beratur.

Produk utama adalah Nasi Ayam Kukus tapi ada juga disediakan tambahan lauk-lauk lain.

Harga dia tersangatlah berpatutan. Tadi kitorang makan dua bungkus nasi berlauk ayam (dipotong besar) + bergedil + telur sambal, jumlah semua dalam RM12.70 sahaja.

Lepas makan, singgah KB Mall. Sementara staf solat Zohor, sempatlah saya melayan pelanggan.

Seronok pulak rasanya tadi. Dalam setengah jam, saya dapat jual 4 helai shawl.

Suami cakap, aura bos ni lain sikit. Pelanggan pun dapat rasa kemesraan dan kesungguhan bos.

Lepas tu balik rumah dah sibuk isi alamat pelanggan pada borang Poslaju.

Ada lebih 20 borang dan serius lenguh tangan sebab dah lama tak menulis.

Tengah sibuk menulis, stok kain, jubah dan baju kurung lycra terkini sampai. Happy sangat rasanya.

Petang suami sibuk memotong kain sementara saya sibuk packing Bawal Naura untuk diposkan.

Penat tapi rasa puas hati dapat lipat dan bungkus cantik-cantik.

Lewat petang bawa anak-anak keluar makan Edd Lee Fried Chicken. Boleh tahan rasa ayam goreng dia. Setanding la dengan KFC. Dan harga pun sangat murah. Tadi kitorang makan sekeluarga jumlah dalam RM24.

Lepas maghrib berehat sebentar dan lepas Isyak saya sambung uruskan order pelanggan sambil-sambil tengok anak siapkan homework. Dalam pukul 11 lebih jahit shawl sampailah pukul 12.30.

Gigih sungguh rasanya hari ni.

Dan Alhamdulillah sales hari ni pun tersangatlah meletop. Sales online hampir sama dengan jumlah sales butik dan semua outlet.

Kalau dulu jeles sangat dengan orang yang buat duit dari internet, tapi Alhamdulillah sekarang saya pun dah merasa.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat nak buat bisnes online tapi masih kurang yakin, mulakanlah langkah pertama.

Semua orang bermula dengan tak pandai. Bila dah buat, barulah jadi pandai. Yang penting mulakan langkah pertama.