Template Percuma – Cara Paling Mudah Untuk Membina Website

Hari ini saya masih lagi di dalam proses membina website. Sebenarnya proses pembinaan website tidaklah susah. Apa yang susah adalah untuk memilih design yang diingini. Memandangkan saya ni agak cerewet dalam pembinaan website, saya akan mengambil masa yang lama dalam memilih design.

Sebenarnya, terdapat cara yang sangat mudah untuk membina website iaitu dengan menggunakan template percuma. Terdapat banyak website yang menawarkan website percuma.

Setelah memilih sesebuah tempalte, anda hanya perlu buka file index menggunakan software NVU. Seterusnya, anda boleh edit template tersebut dan memasukkan maklumat yang anda inginkan. Senang kan?

Semoga berjaya..

Membina Website menggunakan perisian NVU

Hari ini saya dan Hafizie telah memulakan usaha untuk membina website Skit Solution & Resources. Kepada rakan-rakan yang tidak mahir di dalam pengaturcaraan, sebenarnya anda juga boleh membuat website sendiri dengan menggunakan beberapa software seperti Microsoft Frontpage, Dreamweaver dan juga NVU.

Saya sendiri sebenarnya langsung tidak mempunyai asas IT (kerana dulunya saya belajar di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Instrumentasi & Kawalan). Tapi setelah saya menghadiri kursus Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari oleh Dr Irfan Khairi, saya mula membuat website sendiri dengan menggunakan software NVU.

Software ini sungguh mudah dan sangat membantu. Jika anda boleh menggunakan Microsoft Word, anda pasti boleh membina laman web anda sendiri. Selamat mencuba!

Preseed Fund – Pembiayaan Khas Untuk Usahawan IT

Pada hari ini saya telah pergi ke Cyberport, Johor untuk mendengar taklimat tentang Preseed Fund.

Preseed fund merupakan satu dana khas untuk bakal usahawan IT yang mempunyai idea bisnes yang betul-betul viable. Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM150,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.msc.com.my

Setelah mendengar taklimat ini, saya rasa begitu excited untuk menghantar business plan saya. Namun begitu, sehingga sekarang saya masih belum mempunyai idea bisnes yang betul2 viable.