Cara Merancang Kewangan yang Terbaik – Rekodkan Setiap Perbelanjaan Anda!

Semalam semasa saya sedang mengemas bilik saya, saya berjumpa sebuah buku untuk merekodkan setiap perbelanjaan. Sebenarnya saya telah mendapat buku ini secara percuma dari booth Bank Negara semasa saya menyertai sebuah seminar tentang perancangan kewangan pada awal tahun ini.

Walaupun saya tahu bahawa langkah pertama di dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah merekodkan setiap perbelanjaan, namun saya sendiri selalu bertangguh untuk melakukan perkara ini. Ini kerana, daripada rekod perbelanjaan kita, kita dapat mengenal pasti ke mana perginya duit kita dan kita banyak menghabiskan duit kita untuk apa. Dari sini, kita tahu kelemahan kita dan seterusnya memudahkan kita untuk mengubah tabiat kita.

Dan memandangkan saya sudah berjumpa buku ini, jadi saya pun terus menulis perbelanjaan saya untuk hari ini. Saya berazam untuk menjadikan perkara ini satu amalan dan akan merekodkan perbelanjaan harian saya setiap hari.

Kepada rakan-rakan yang tidak mempunyai buku sebegini, tidak mengapa. Anda boleh menulis di dalam diari ataupun merekodkannya di dalam komputer melalui Excel.

Orang Yang Terhormat adalah Orang Yang Menghormati Orang Lain

Semasa saya menulis catatan ini, saya baru sahaja balik daripada Makmal Komputer di UTM untuk subjek .NET Programming. Sebenarnya, kelas saya tadi sepatutnya bermula pada pukul 9am dan berakhir pada 12pm. Malangnya lecturer yang sepatutnya mengajar kami tidak datang dan juga tidak menjawab panggilan kami.Saya rasa sangat kecewa dengan sikap beliau ini. Sebelum ini pun beliau selalu lambat untuk setiap kelas. Bayangkan, kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 9, tapi beliau hanya akan sampai dalam pukul 10 lebih.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah pesanan arwah umi saya. Umi saya selalu berpesan kepada saya dan adik-beradik yang lain agar menghormati orang lain. Menurut umi saya, orang yang terhormat adalah orang yang menghormati semua orang di sekelilingnya. Tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang.

Dalam kejadian pagi ini, saya merasakan bahawa pensyarah kami tidak menghormati masa kami. Betul, beliau adalah seorang pensyarah yang sangat sibuk dan masa beliau adalah bernilai. Betul, kami cuma student dan masa kami mungkin tidak bernilai sepertimana masa beliau. Tapi, kami pun adalah manusia biasa yang mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dibereskan. Jika beliau tidak dapat hadir, apalah salahnya kalau beliau menghubungi kami dan memberitahu hal ini awal-awal agar kami dapat membereskan urusan kami yang lain; dan bukannya menghabiskan masa kami untuk menunggu kehadirannya.

Walaupun perkongsian hari ini agak pedas, saya harap rakan-rakan dapat mengambil iktibar. Walau siapapun kita, walau apapun pangkat kita, walau sesibuk manapun kita, hormatilah masa orang lain. Dari situ, barulah kita betul2 menjadi orang yang terhormat.

Akhirnya saya berjaya Install PHPNuke!

Hari ini saya rasa sangat gembira kerana telah berjaya install php nuke untuk website terbaru saya.

Sebenarnya saya telah cuba untuk install php nuke ini semenjak seminggu yang lepas. Tapi disebabkan oleh connection yang sangat slow, saya telah menghabiskan masa selama berjam-jam semata-mata untuk download file nuke dari website rasminya iaitu www.phpnuke.org dan seterusnya menguploadnya ke website saya. Lebih malang lagi, saya tak berjaya install php nuke walaupun saya telah merujuk kepada beberapa tutorial tentang cara installationnya.

Dalam perasaan yang sangat tension dan geram saya telah menelefon company web hosting saya iaitu www.netkl.com untuk meminta nasihat percuma. Rupa-rupanya netKL sudah menyediakan kemudahan Fantastico yang diakses melalui cPanel untuk install phpnuke dan pelbagai lagi software untuk kemudahan pelanggan mereka. Dan dengan menggunakan Fantastico, saya hanya perlu menekan satu butang dan installation akan selesai dalam masa tidak sampai 2 minit. Senang tu….

Kalaulah saya tahu dari awal. Tapi takpelah, walaupun saya telah ‘learn it the hard way’ tapi saya harap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin menggunakan phpnuke di masa yang akan datang.