Rahsia Membina Keyakinan Diri – Manusia Banyak Berfikir Tentang Diri Mereka Sendiri!

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah rahsia membina keyakinan diri. Sebenarnya rahsia ini saya dapat apabila saya membaca sebuah buku yang bertajuk “How to Win Friends and Influence People” oleh Dale Carnegie. Buku ini merupakan satu buku yang sangat bagus dan saya telah membacanya berkali-kali. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang terlibat di dalam perniagaan.

Di dalam buku ini penulis telah menceritakan bahawa manusia merupakan sebuah makhluk yang sangat ego. Ini bermakna manusia sentiasa menganggap dirinya adalah cantik, hebat dan juga betul sepanjang masa. Manusia juga selalu berfikir tentang diri mereka sendiri dan juga kehebatan mereka. Sebab itulah, kadangkala mereka tidak suka kepada orang yang lebih cantik, lebih bijak, lebih hebat dan juga lebih kaya daripada mereka. Adakah anda bersikap begini? Jika betul, tahniah saya ucapkan. Ini bermakna, anda memang seorang manusia yang normal!

Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah walaupun kadangkala kita berpakaian agak selekeh, kita tidak perlu risau. Ini kerana, orang yang melihat kita hanya memandang kita sepintas lalu sahaja. Kalaupun mereka berfikir bahawa pakaian kita tidak cantik, mereka hanya memikirkannya untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya (dari masa mereka), akan mereka gunakan untuk berfikir tentang kehebatan diri mereka.

Seterusnya jika kita membuat kesilapan, janganlah terlalu risau. Gunakan pemikiran yang sama iaitu orang lain hanya akan memikirkan tentang kesilapan kita untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Selebihnya akan mereka gunakan untuk berfikir tentang diri mereka ataupun tentang masalah seharian yang mereka hadapi.

Jika anda dapat berfikir begini, anda akan menjadi lebih yakin dan tidak merasa terlalu tertekan. Anda juga dapat memberikan lebih tumpuan terhadap perniagaan anda dan bukannya perkara remeh-temeh yang akan membazirkan masa anda.

Perkembangan Terkini Selepas Raya – Website Untuk Ukiran Kayu Berunsur Islamik

Sudah agak lama saya tidak menulis di laman ini.

Sebenarnya selepas pulang dari kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah kebanyakannya sudah selesai dan kini saya sedang menyiapkan projek terbaru saya iaitu website myislamiccraft.com bagi menjual produk ukiran kayu berunsur islamik. Produk ini merupakan produk yang dihasilkan oleh syarikat di mana suami saya bekerja.

Sebenarnya sudah agak lama saya merancang untuk membina website ini tetapi masa tidak mengizinkan. Buat masa sekarang saya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya kerana saya hanya target pasaran Malaysia buat sementara waktu ini. Insya’Allah dalam masa 2-3 bulan lagi saya akan buat English version kerana saya yakin produk ini juga akan mendapat tempat di pasaran antarabangsa.

Sebenarnya saya masih belum mendaftar domain bagi website ini kerana saya masih tercari-cari nama yang paling sesuai. Jika rakan-rakan mempunyai nama yang dirasakan sesuai, sila hubungi saya. Saya sangat menghargai pertolongan anda.

Rahsia Salesman Cemerlang – Terima Penolakan Dengan Hati Terbuka

Hari Ini saya telah mengikuti training QuickStart di Public Mutual. Training ini memberi tips-tips yang sangat berguna tentang cara-cara untuk mencari klien dan juga teknik closing yang bersesuaian. Selepas akhir sesi, penceramah membuka ruang kepada para peserta untuk memberitahu masalah yang dihadapi di dalam proses pembentangan kepada klien dan juga semasa closing.

Salah seorang peserta telah mengadu bahawa dia rasa dia sudah membuat pembentangan yang baik dan prospeknya juga merupakan seorang yang berduit. Malangnya prospeknya masih tidak mahu melabur di dalam unit trust. Jadi, dia bertanya kepada penceramah apa yang patut dilakukan.

Beberapa orang peserta telah memberikan beberapa tips dan juga ayat-ayat power yang mereka gunakan di dalam kes sebegini, termasuklah saya. Namun begitu, apa yang saya kongsikan adalah kadangkala kita kena terima penolakan dengan hati terbuka dan ‘move on’. Ini kerana, walaupun kita rasakan bahawa kita telah mencuba sedaya upaya, ada sesetengah orang memang tidak ditakdirkan untuk menjadi klien kita.

Penceramah juga bersetuju dengan pendapat saya ini dan mengakui bahawa dia sendiri juga banyak menerima penolakan. Namun begitu, dia menerimanya dengan hati terbuka.

Salesman yang baik bukanlah salesman yang boleh close sales setiap kali membuat presentation (ini jarang sekali berlaku sebenarnya). Sebaliknya salesman yang baik adalah salesman yang menerima penolakan, move on with the next client, tidak berputus asa dan sentiasa memperbanyakkan aktiviti.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pedoman kepada rakan-rakan bakal usahawan kerana usahawan yang berjaya perlulah menjadi seorang salesman yang cemerlang.