Sedekah Kepada Orang Tua – Jadikan Ia Satu Amalan

Memandangkan kita masih lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal yang berbahagia ini, saya ingin berkongsi tentang satu amalan yang sangat baik dan patut diamalkan oleh rakan-rakan sekalian iaitu memberi sedekah kepada orang tua.

Ilmu ini telah diajar oleh arwah umi saya dan juga diperkukuhkan lagi oleh beberapa orang di sekeliling saya yang telah menjadikannya sebagai satu amalan.

Antara contoh yang tidak dapat saya lupakan adalah salah seorang pemimpin di Zhulian Agensi Skudai yang sangat saya hormati iaitu Puan Norashikin yang merupakan seorang yang sangat pemurah. Beliau mengamalkan memberi sedekah setiap kali bertemu orang tua.

Bayangkan, beliau juga memberi wang apabila berjumpa dengan ibu kepada Puan Hajah Ramlah (seorang jutawan Zhulian yang berpendapatan melebihi RM500,000 sebulan). Adakah kita juga akan melakukan perkara yang sama? Kita pastinya akan berfikir bahawa ibu seorang jutawan pastinya sudah cukup senang dan tidak patut diberi sedekah lagi.

Kenapa beliau melakukan perkara ini? Ini kerana ia dapat membahagiakan hari orang-orang tua dan seterusnya mereka akan mendoakan kita. Do’a orang tua merupakan do’a yang mustajab dan akan memberi berkat kepada rezeki yang kita perolehi.

Saya percaya rakan-rakan juga ada memberi sedekah sebelum ini, tetapi biasanya kita akan memberi kepada orang-orang tertentu sahaja. Begitu jugalah saya sebelum ini. Untuk mengamalkan ilmu ini, rakan-rakan boleh memulakannya dengan memberi sedekah kepada ibu bapa, datuk, nenek, nenek saudara, ibu saudara, bapa saudara dan juga saudara-saudara yang telah berumur, ibu bapa kepada rakan-rakan rapat, jiran tetangga dan juga sahabat-sahabat ibu dan bapa kita.

Selamat bersedekah!

Planner Percuma di Internet – Google Calendar

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu servis yang ditawarkan oleh Google iaitu Google Calendar.

Google Calendar ini boleh digunakan sebagai daily planner kita. Untuk menggunakan servis ini, kita hanya perlu register di (www.google.com/calendar). Ia juga boleh dicustomizekan mengikut citarasa kita. Selain itu, ia juga boleh diletakkan di website kita.

Selamat mencuba!

Rahsia Untuk Mendapat Sesuatu Yang Diinginkan – Meminta @ Ask

Pernahkah anda mendengar ungkapan “Ask and you shall receive”?

Sebenarnya ungkapan ini merupakan satu ungkapan yang sangat tepat. Ini kerana, hari ini ramai orang yang menginginkan sesuatu tetapi malu untuk meminta. Sebenarnya apabila kita meminta sesuatu benda, kebarangkalian untuk kita mendapatkannya adalah sangat besar. Hal ini juga merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam keusahawanan.

Terdapat satu kisah berkaitan dengan Henry Ford yang dapat menjelaskan ungkapan ini dengan tepat. Henry Ford mempunyai seorang sahabat baik yang merupakan seorang jurujual insurans. Mereka telah bersahabat baik selama bertahun-tahun.

Pada suatu hari sahabatnya telah terbaca di dalam akhbar bahawa Henry Ford telah membeli sejumlah insurans yang sangat besar melalui jurujual insurans yang lain. Sahabatnya ini merasa sangat sedih dan kecewa. Oleh kerana terlalu sedih, sahabatnya ini telah berjumpa dengan Henry Ford dan bertanya kepada beliau kenapa beliau membeli insurans daripada orang lain sedangkan dia juga menjual insurans.

Jawapan yang diberikan oleh Henry Ford sangat ringkas. “Because you never ask me to buy.”

Ini menunjukkan bahawa orang tidak akan membeli sesuatu dari kita jika kita tidak meminta mereka berbuat demikian. Begitu jugalah di dalam kehidupan seharian kita. Orang tidak akan menolong kita jika kita tidak meminta pertolongan.