Sabar

Hari ni pagi-pagi buta keluar hantar suami outstation.

Yelah, suami saya kan kerja offshore. Tapi dia kerja offshore dua hari je sebulan. Hihihi..

 

Semalam dah selamat pindah kiosk di KB Mall. Kali ni saya memang betul-betul tak masuk campur. Semua suami dan staf buat. Sekarang pun kat sana saya dah pakai 2 staf. Takpelah bayar gaji lebih sikit yang penting setiap masa ada staf di kiosk.

 

Tengahari semalam pulak start setup untuk outlet baru di Mydin Kubang Kerian. Dekat pukul 1 tengahari sampai sana. Pastu suami pasang railing dan rak besi untuk baju.

Mula-mula saya pun tolong menyibuk jugak tapi lepas tu balik rumah sebab nak settlekan barang yang nak diposkan untuk pelanggan online.

Mula-mula macam tak banyak sangat nak kena pos. Last-last ada lebih 20 parcel jugak yang kami poskan semalam.

Kami commit akan poskan pada hari yang sama untuk pelanggan yang bayar sebelum pukul 12. Tapi kalau sempat, memang kami akan pack dan pos semua order yang sempat diproses sebelum kami keluar ke pejabat pos.

Kalau ikutkan saya memang ada akaun dengan Poslaju tapi entah kenapa rasa best jugak guna Poslaju Prepaid. Rasa lebih in control dan tak risau Poslaju terlebih caj. So buat masa sekarang semua penghantaran dari KB adalah menggunakan Poslaju Prepaid.

 

Dari satu segi stress jugak sebab bukak kedai dalam keadaan serba kekurangan. Signboard belum ada. Wallpaper belum ada. Kabinet dan meja belum ada (tapi dah tempah semalam dan akan sampai hari ni). Pastu shawl plain pun takde.

Tapi saya cuba think positif.

Malas nak compare bisnes kita dengan bisnes orang.

Hari tu terbaca satu quote yang menarik. Katanya,

Pesaing sebenar kita bukanlah pesaing kita dalam bisnes, sebaliknya diri kita sendiri.

 

Takpelah kalau ada peniaga yang jual produk yang lebih baik. Takpelah kalau ada peniaga yang ada kedai yang lebih cantik. Takpelah kalau ada peniaga yang menggunakan model yang lebih cantik. Takpelah kalau ada peniaga bermodal besar yang mampu membuat iklan yang menarik. Takpelah kalau ada peniaga dengan contact yang power dan cepat naik. Takpe. Biarlah diorang. Diorang bukan pesaing sebenar kita.

Pesaing sebenar adalah diri kita yang mudah rasa down. Yang mudah give up. Yang mudah rasa selesa. Yang taknak berubah. Yang tak terus cuba yang terbaik.

 

Lagipun dalam bisnes memang kena sabar kan. Semalam suami macam dah stress jugak la. Dia macam dengki je dengan bisnes orang lain. Dia macam rasa down je dengan pembukaan kedai yang tak semenggah.

Saya pun bagilah semangat sikit kat dia. Dalam bisnes kena sabar. Ibarat seorang lelaki yang nak dapat anak. Kalau dia nak anak, dia kena mengandungkan seorang wanita dan tunggu sembilan bulan. Kalau dia mengandungkan sembilan wanita sekalipun, dia tetap takkan dapat baby dalam masa sebulan. Tetap kena tunggu sembilan bulan.

 

Alhamdulillah semakin hari dapat feedback yang baik dari para pelanggan. Ramai yang repeat order. Ada yang belum dapat barang, dah repeat order untuk kawan-kawan pulak. Ramai jugak pelanggan baru yang sepejabat dengan pelanggan sedia ada. InsyaAllah kami on the right track. πŸ™‚

 

Okay bye. Nak siap-siap hantar anak ke sekolah pulak. πŸ™‚

Banyak Mulut Di Pagi Isnin

Selamat pagi Isnin dan selamat bekerja! πŸ™‚

 

Semalam saya dan suami jalan-jalan di Kubang Kerian. Saja nak tengok keadaan Mydin di waktu malam. Boleh tahan meriah dan jalan sesak je walaupun semalam bukanlah hari minggu. So Alhamdulillah. Excited pulak nak start berniaga. πŸ™‚

Punyalah susah nak parking. End up dapat parking yang jauh sikit berdekatan Jakel & Ariani.

 

Alang-alang dah dekat, saya pun singgahlah Ariani. Saya tak pernah beli tudung Ariani sebelum ni. Dan sekarang bila saya sendiri dah berniaga tudung, lagilah tak beli. Tapi bila tengok pelanggan dalam butik Ariani, rasa rendah diri sangat.

Rasa macam sikit sangat koleksi tudung kami. Dan rasa tak sabar-sabar nak tambahkan lagi stok terutamanya untuk shawl plain. Biar ada banyak warna dan boleh gantung ikut tone warna.

InsyaAllah stok kain plain akan sampai dalam masa dua minggu lagi. Serius tak sabar nak penuhkan butik. πŸ™‚

 

Lepas tu jalan-jalan masuk Jakel pulak. Fuhhhh… stress tengok dia punya pilihan kain. Dan jeles tengok diorang markup harga.

Untuk kain yang saya biasa beli, harga sebelum diskaun dah markup dalam 5-6 kali ganda. Kain selepas diskaun pulak markup 3 kali ganda. Jeles sangat!!

 

Semenjak mesin jahit dah bertambah ni, kegilaan terhadap kain bertambah-tambah sebab macam-macam benda boleh dijahit.

Lepas tu singgah Mydin pulak untuk tengok suasana Mydin. Serius ramai sangat orang. Mungkin jugak sebab hujung bulan. Tapi kalau ikutkan semalam hari bekerja di Kelantan. So okaylah tu. Baguslah ramai orang. Kontrak kedai dua tahun. Kalau tak ramai lagilah ngeri. Hihi..

Teringat pulak masa bukak kedai di Tesco Bukit Indah. Dari awal saya datang untuk survey tapak, bayar deposit dan setup kedai, parking kosong memanjang. Memang betul-betul boleh parking berdekatan kedai.

Kat Jusco Bukit Indah pulak susah sangat nak parking. Padahal jarak antara dua tempat ni dalam 1km je. Tapi crowd memang berbeza sangat.

Dan memang betul jodoh saya dengan Tesco tak lama. Kami berniaga dalam 3 bulan macam tu je. Tak berbaloi nak teruskan.

 

Sebelum balik, kami singgah butik tudung Alya Sarah pulak. Dah lama nak singgah tapi tak berkesempatan.

Boleh tahan tudung kat sini. Kualiti okay. Harga berpatutan. Pada saya dia ala-ala Ariani dengan harga yang lebih berpatutan.

Saya pun terbeli tudung Syria satu. Sebelum ni memang jarang pakai tudung Syria. Tapi material tudung dia best sangat. Cutting pun cantik. So cuba jelah. πŸ™‚

 

Balik rumah, suami sambung projek buat inner magic. Alhamdulillah happy sangat dengan hasil. Saya kan wanita normal yang ada banyak inner tudung. Jadi memang cerewet bab-bab inner.

So hari tu memang dah pesan pada suami untuk beli kain cotton lycra yang berkualiti. So semalam bila dah try, memang rasa happy sangat.

 

Mula-mula buat inner magic biasa. Pastu buat inner magic berawning keras. Macam jadi je. Macam boleh jual je. Macam bakal meletop je. Hahaha!!

Tapi projek inner ni kena hold sekejap sebab hari ni nak setup kedai di Mydin dan malam ni nak pindah kiosk di KB Mall.

Takpe, sabar sabar. Tak lari kain-kain tu semua. πŸ™‚

 

Panjang lebar menulis hari ni. Maklumlah mood tengah okay. Hahaha..

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi! πŸ™‚

 

 

 

Cuti

Hari ni semua staf cuti. So dengan saya pun cuti sekali. Cuti tu maksudnya tak mencari kerja tambahan tapi sekadar menyiapkan kerja yang wajib. πŸ™‚

Dengan kata lain, kalau ada orang nak order di web, tetaplah reply. Kalau ada orang PM, Β tetaplah reply. Tapi takdelah tetiba pergi buka kedai di Mydin yang sebenarnya dah boleh start berniaga.

Sewa di Mydin start 1 April tapi beberapa hari lepas diorang dah call suruh datang amik kunci dan kalau dah nak terus berniaga pun boleh.

Tapi dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan dan juga kekurangan pekerja, saya pun malas nak rushing.

Memang betul kalau start awal untung. Tapi takpelah kan. Tak perlulah tamak sangat sampai menyusahkan diri sendiri.

 

Tengahari tadi keluar sekeluarga. Mula-mula suami singgah ke kedai Singer untuk beli mesin jahit baru. Sekarang kami cuma ada dua mesin jahit tepi. Dan tadi kami beli mesin jahit lurus dan juga mesin jahit interlock.

Mesin jahit interlock tu adalah untuk produk terbaru kami iaitu inner tudung.

Dah dekat dua minggu kain tersadai je. Sayang pulak. Tu yang kena cepat-cepat beli mesin dan tukarkan kain menjadi inner.

Mesin interlock ni pun boleh digunakan untuk jahit T Shirt dan juga tudung instant. Manalah tahu lepas ni boleh tambah produk lain pulak. πŸ™‚

Mesin jahit lurus tu kalau ikutkan tak urgent. Tapi macam tak kena je kalau takde sebab mesin tu paling basic. Tukang jahit biasa mesti ada mesin jahit lurus kan. So saya beli jugaklah. InsyaAllah kalau dah ada nanti pasti adalah fungsinya. πŸ™‚

 

Urusan kat kedai Singer ni tak lama sangat. Suami turun sorang je sementara saya dan anak-anak tunggu dalam kereta. Bukannya terus dapat pun. Esok barulah diorang akan hantar ke rumah.

Rasa kelakar pun ada bila ada banyak mesin. Macam betul-betul bertukar kerjaya je. Langsung tak pernah terfikir akan terjebak sejauh ni. πŸ™‚

 

Settle urusan di kedai Singer, singgah kedai alatulis kejap atas permintaan tiga beradik. Pastu kami singgah makan di cafe Ozarah di Jalan Tok Hakim.

Terliur nak makan kat sini bila tengok review kat IG.

 

Alhamdulillah boleh tahan jugak makan kat sini. Memang anak-anak berselera sangat. Konsep cafe dia macam Secret Recipe (without the cakes) tapi harga sangat berpatutan.

Spageti dalam RM9 camtu je sepinggan.

Tadi kami makan sekeluarga (hidangan untuk 5 orang) + air cuma kena dalam RM60++. Pada saya berbaloi sangat.

Anak-anak pun makan dengan penuh berselera dan siap cakap nak datang lagi.

 

Dah kenyang, balik rumah dengan gembira. Mak bergolek-golek sampai pilih warna-warna baru untuk koleksi Shawl Nadeera plain sementara anak dok sibuk melukis dengan kertas lukisan yang baru dibeli.

 

Alhamdulillah bersyukur sangat. Walaupun kehidupan sebagai peniaga agak mencabar, tapi Alhamdulillah secara keseluruhannya saya rasa saya bertuah sangat.

Memang ada pekerja yang bermasalah. Memang ada pelanggan yang terlalu demand. Memang terpaksa deal dengan macam-macam karenah orang. Tapi semua tu sebagai satu pengajaran dan pengalaman. πŸ™‚