Batuk Selsema Dan Alahan

Perfect combination gitu.

Saya batuk dan selsema sejak dua hari lepas dan apa yang saya boleh cakap adalah I’ve seen better days.

Serius tak larat.

Takde selera.

Tak mampu nak cakap.

 

 

Sebelum ni rasa alahan dan teruk sangat dah.

Bila dapat combination ni insaf sikit.

 

 

Sebenarnya sekarang saya berada di Terengganu.

Sabtu lepas kami balik ke Kelantan dan lewat petang semalam sampai di Terengganu.

InsyaAllah esok balik semula ke Seremban.

 

Antara niat nak balik kampung sudah pastilah untuk menikmati the glorious fooddddd.

Tapi disebabkan nafsu makan terbantut, jadi memang tak bersungguh sangat.

Makan apa yang ada jelah.

 

 

One thing I love about this trip is I no longer have any physical boutique in KB & KT.

So takdelah rasa bersalah bila tak singgah butik.

Hihi..

 

 

Down

Hari ni rasa downnnnn sangat.

Pertama sebab kurang sihat.

Tak larat. Mulut rasa pahit. Perut tak selesa. Pening kepala.

Mungkin mengandung baby girl kot sebab dulu masa mengandung abang abang sihat walafiat je. Kali ni punya tak sihat sama macam masa mengandung Yaya.

 

Bila dah tak sihat mulalah fikir benda benda negatif.

Mulalah rasa risau dan gundah gulana.

Rasa helpless.

Rasa tak guna.

Rasa stresss!!!

 

 

Nikmat Kasih Sayang

Siang tadi saya sekeluarga ke KLIA untuk berjumpa kakak ipar dan adik ipar saya yang sedang transit di KL (dari KB) dalam perjalanan menunaikan umrah.

Kami sampai sekitar tengahari dan stay sehingga petang.

Seronok dapat berbual dan bertukar tukar cerita.

Dalam perjalanan balik saya singgah ke rumah kak long saya dan berjumpa adik adik saya yang kebetulan berada di rumah kak long.

 

Dan malam ni saya rasa gembira dan bersyukur sangat.

Bersyukur dengan nikmat kasih sayang dari keluarga saya dan juga keluarga suami.

 

Alhamdulillah.

 

Bak kata pepatah,

If you want to feel rich, count the things money can’t buy

 

Dan saya rasa nikmat berkasih sayang ini adalah satu nikmat yang sangat saya hargai dan saya harap saya dapat memberi sumbangan yang lebih banyak kepada keluarga di masa akan datang.