Just Enjoy The Journey

Saya ni jenis tak sabar.

Kalau nak sesuatu, nak sekaranggggg jugak.

Pastu pulak bila dah achieve sesuatu, terus set target baru. Jadi hidup tu agak stress jugak. Memang jenis yang suka stress. Kalau tak ada masalah, cari masalah. Hihi..

 

So hari ni saya nak ingatkan diri saya dan rakan-rakan usahawan supaya enjoy the journey.

Tak perlu nak stress stress sangat. Kita pun tak tahu berapa lama usia kita kan. Entah-entah esok lusa dah takde. So tak perlu nak stress giler-giler. Relax je. Just enjoy the journey je. 🙂

 

Lagipun apa sahaja yang kita nak tu, bila kita dah dapat, nanti kita nak yang lain pulak.

 

Contoh macam saya dulu nak sangat ada butik. Pastu nak sangat ada kedai di airport. Pastu nak sangat ada bengkel jahitan. Pastu nak sangat buka kedai kat Kelantan. Alhamdulillah bila dah achieve semua target, sekarang ni nak sangat beli rumah kedai tiga tingkat. Tingkat bawah nak dijadikan butik dan tingkat atas sebagai tempat production dan gudang.

Bila dah achieve nanti, pasti ada lagi impian yang lain pulak.

 

Jadi taknak stress-stress. Just enjoy the journey! 🙂

 

 

Sibukkkk

Hari ni entah kenapa mood kurang baik.

Tak baik kan. Padahal banyak je benda untuk disyukuri. Bisnes bertambah baik. Order terus masuk sampai tangan krem membalas mesej.

Sekarang dah ada admin online. Admin bahagian packing pun dah 3 orang. Total production team dah lebih 20 orang.

Padahal baru je dua bulan lepas saya dan suami huru hara buat semua benda. Potong, jahit, lipat, ambil order, cek transaction dan sebagainya.

 

Sekarang ni pun ada department R&D yang akan design produk baru.

17hb ni akan shoot inner dan juga koleksi maira terkini. Serius excited sangat. Rasa bakal meletop.

 

Tapi kan sebenarnya saya sibukkkkk sangat. Kesian juga anak-anak tak ke mana-mana. So hari ni rasa macam tahap wajib untuk bawa anak keluar dan bermalam di hotel.

Konon nak pergi Terengganu. Tapi kalau susah sangat, saya bawak anak tidur Hotel Renaissance kat Kota Bharu jelah. Janji anak-anak boleh mandi kolam dan tidur di tempat lain.

 

Risau ni sebab sibuk sangat sampai tak sempat guna duit gaji. Hahaha..

Cuba Dan Terus Mencuba

Hari ni nak berkongsi motivasi usahawan sikit.

Sebagai usahawan kita tak boleh statik. Bila dah jual satu produk, tak semestinya kita terus jual produk tu sahaja.

Saya sendiri pada asalnya lepas balik dari Vietnam cuba jual telekung. Masa tu kononnya beli telekung yang paling mahal sebab kononnya kenal ramai orang yang berduit yang mungkin tak kedekut nak beli telekung.

Tapi tak.

Rupa-rupanya susah nak jual telekung mahal. Mungkin jugak orang berduit ni taknak menunjuk. Banyak yang tak habis. End up telekung tu saya hadiahkan pada orang terdekat.

 

Lepas tu jual baju kurung manik. Masa tu pun dah rasa selesa juga sebab boleh jual dua tiga kali ganda.

Lepas raya jual kain cotton pulak.

Pastu jual tudung ala fareeda dan brooch sampan ala fareeda. Tapi yang ni kejap je. Lepas baca buku Donald Trump berkenaan branding, terus taknak jual sebab taknak jadi second version of another brand.

Pastu pada suatu hari sambil-sambil beli perabot terbeli shawl. Bila letak kat kiosk, cepat sangat habis.

Lepas tu cuba jual shawl pulak. Alhamdulillah..  rupanya jual shawl memang best sebab ringan, takde saiz dan permintaan tinggi.

Sekarang ni jual tudung bawal pulak. Pun Alhamdulillah jugak.

Selain tu masih jual baju kurung dan jubah lycra yang memang sentiasa ada permintaan.

 

Projek terbaru adalah inner.

 

Excited sangat!!

 

Semalam dua lagi mesin jahit baru dah sampai. Technician mesin jahit pun kagum. Katanya rasa macam baru je saya bermula. Bulan 1 hantar satu mesin dan sekarang dah ada 9 mesin dengan lebih 20 pekerja.

Hari ni production berjalan full force. Gumbira sangatttttt.

 

Sebenarnya ada jugak cabaran. Dua hari lepas mak bibik meninggal so malam tu jugak hantar dia balik.

Ada juga cabaran dengan pekerja.

 

Tapi takpelah kan. Kalau takde cabaran langsung pun tak best jugak. 🙂

 

Nak mengeluh lebih-lebih rasa malu bila mengenangkan seorang sahabat saya yang sedang berduka cita sebab baby dia ada masalah jantung. Dia baru lepas bersalin dalam dua minggu lepas dan sampai sekarang baby tak boleh balik.

Katanya dua hari sekali dia ke hospital untuk tengok baby. Nak ambil gambar pun tak boleh.

Kesian sangat.

Sakit bersalin belum hilang tapi dah kena berulang alik ke hospital tengok baby.

Kesian dengan baby yang masih kecil.

 

Sabar ya kakak. Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. Dia tahu kakak kuat. Dia tahu kakak orang baik-baik. Dia tahu kakak dan suami kakak penyayang dan penyabar. Sabar ya kakak. Kalau dekat, memang nak sangat pergi jumpa kakak.