Tuesday Is Ladies Day @ Gloria Jeans Coffee

Petang ni rasa teringat sangat pada Coco Loco di Gloria Jeans Coffee.

Since saya ada masa sejam sebelum appointment seterusnya, saya singgah sekejap di Angsana.

Masa nak bayar rasa hairan sebab murah sangat.

Ingatkan staf dia tersilap, rupa-rupanya setiap hari Selasa adalah Ladies Day dengan potongan sebanyak 30%. Best tak?

Untuk lelaki pulak, Gentlemans Day pada hari Khamis.

Kalau gini, bolehlah datang lagi dan lagi. :)

20120410-143323.jpg

Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan

Pernah dengar ayat kat atas ni?

Saya rasa ayat ni betul sangat..

Ada seorang kenalan ni. Kami just kenal macam tu je. Saya pun tak tahu dia tinggal kat mana. Tapi selalu sangat jumpa. Pergi shopping mall jumpa dia. Pergi kedai alatulis jumpa dia. Pergi breakfast jumpa dia.

Ada juga kenalan yang memang langsung tak pernah jumpa secara tidak sengaja.

Beberapa bulan lepas saya terjumpa seorang rakan sekolah saya. Rupa-rupanya semenjak 10 tahun lepas dia tinggal di taman bersebelahan tapi kami tak pernah jumpa.

Dan lepas jumpa tu sampai sekarang kami tak terjumpa lagi.

Memang betul jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kalau tuhan tak pertemukan, macamana jodoh nak sampai kan?

p/s : Bersyukur sangat dipertemukan dengan suami buat kali pertama semasa di Tingkatan 3. Masa tu sekadar kenal nama dan lepas tu tak jumpa lagi sehinggalah berjumpa kembali di UTM. :)

 

Day Trip To KL

Pukul 6.45 pagi saya dan suami bertolak ke KL. Kak Yati meletop pun ikut sama kerana ada appointment dengan bakal pelabur di Shah Alam.

9.45 pagi sampai di stesyen LRT Kelana Jaya untuk ambil business partner yang datang dari Putrajaya.

Pukul 10.30 pagi singgah di Retoran Nasi Kandar Pelita SS2. Terbalas rindu dendam nak makan ayam madu. :)

Pukul 11.15 pagi buat Express Sales Training untuk business partner baru di Public Mutual Damansara Perdana.

Happy sangat dapat berkongsi ilmu dan kisah-kisah yang membakar semangat dengan business partners yang dikasihi.

Pukul 2.00 petang bertolak ke Tesco Extra Shah Alam.

Lepas solat dan shopping ringan, jumpa bakal business partner, rakan sekolah yang sekarang merupakan pensyarah di UiTM Shah Alam.

Lepas tu adik Kak Yati belanja makan di JM Beriani.

Lepas tu singgah ke butik Le Ann Maxima di Petaling Jaya.

6.30 petang bertolak balik ke Johor. Sempat singgah makan di Restoran Nasi Arab Damsyik, Senawang.

Sekarang meneruskan perjalanan balik ke rumah yang manis. :)

Kesimpulannya, happy sangat dengan day trip yang sangat berbuah dan ceria.

20120408-210904.jpg