Amaran Kepada Peminat Suami Orang..

Hahaha.. Hari ni saja buat tajuk gempak.

Petang tadi saya dan suami telah pergi shopping sedikit pakaian baru sebagai persediaan untuk melancong ke Guangzhou pada minggu hadapan.

Bukan senang jadi perunding imej suami ni tau. Saya yang lebih sibuk memilih baju untuk dia.

Dan tiba-tiba dapat ilham untuk hasilkan artikel ni sebab saya tahu ada segelintir anak dara yang berminat dengan suami orang yang segak bergaya, berduit dan naik kereta mewah.

Sebenarnya kebanyakan suami jadi macam tu adalah disebabkan isteri yang menjaga makan pakai suami dan turut sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Teringat kisah klien saya yang sedang dalam proses perceraian dengan suami sebab suami ada kekasih lain.

Suami klien saya tu bergaya sakan dengan Honda Accord. Padahal downpayment dan ansuran kereta semua isteri yang bayar. Duit belanja dapur pun isteri yang bagi.

Dan sekarang bila dah berpisah, sang suami yang tak de kerja tetap tu pun dah takde kereta mewah dan takde duit. Saya doakan semoga cinta kekasih baru dia adalah cinta sejati dan tak meninggalkan dia dalam keadaan macam ni. Hahaa.. saja buat ayat sarcastic sikit. :)

Kesimpulannya kepada adik-adik yang sedang mencari calon suami, tak payah nak amik jalan short cut dengan mengorat suami orang. Dikhuatiri dapat suami hampeh macam kes klien saya. Masa tu barulah anda tahu betapa ‘bahagianya’ hidup dengan orang yang anda cintai.

 

Penting Ke Cari Siapa Yang Bersalah?

Dalam kehidupan seharian kita, pasti ada orang yang membuat kesilapan. Samada rakan sekerja, klien, jiran, anak-anak ataupun pasangan kita.

Terdapat dua cara dalam menangani masalah. Cara pertama, cari siapa yang bersalah. Cara kedua, fokus kepada cara untuk menyelesaikan masalah.

Bila orang lain melakukan kesilapan dan kita memaafkan mereka tanpa syarat, sebenarnya markah kita vs dia adalah 1-0.

Ini kerana, secara tak langsung mereka terhutang maaf dengan kita. Dan pada masa akan datang apabila kita membuat kesilapan, mereka juga akan merasa lebih mudah untuk memaafkan kita.

Dengan mempraktikkan cara kedua, hidup anda akan menjadi lebih tenang dan gembira.

Selamat mencuba!

Happy Baby Ali @ Snogurt Taman Universiti

Lewat petang tadi saya, suami dan Baby Ali singgah ke kedai Taman Universiti yang baru dibuka pada hari ini.

Kedai ini terletak di Jalan Kebudayaan 7 iaitu sederet dengan pejabat Pos dan juga Dominos Pizza.

 

20120516-232820.jpg

Suami dan Baby Ali posing di depan kedai Snogurt


20120516-232826.jpg

Baby Ali yang sangat happy bila nampak belon


20120516-232832.jpg

Baby Ali yang excited bila dapat belon dan tak sabar nak makan snogurt


20120516-232838.jpg

Suasana dalam kedai yang ceria dan selesa


20120516-232844.jpg

Snogurt perisa Strawberry yang yummy!


Snogurt suami pulak tak sempat nak snap sebab hand phone dah kehabisan bateri.

Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Skudai, bolehlah cuba Snogurt ni. Sebagai promosi pembukaan, ada diskaun 30% selama sebulan bermula hari ini.

Untuk promosi dan kempen terkini, anda juga boleh melayari laman Facebook mereka di sini.. https://www.facebook.com/SnogurtTamanUniversitiJB

Selamat mencuba!