Salam Ramadhan

Semalam dah bermulanya bulan puasa.

Sekejap betul rasanya masa berjalan. Rasa macam baru sangat pindah Kelantan. Rupa-rupanya dah lebih setengah tahun.

Semalam adik-beradik suami berpakat buat majlis buka puasa. Menu Nasi Kerabu + Ayam Bakar. Perghhhh.. meletop sangat. Jauh lebih sedap dari Nasi Kerabu yang dibeli. Sambil menaip ni pun teringat lagi kesedapannya.

 

Nak citer banyak benda tapi ngantuk sangat ni. Sambung lain kali ya. Bye! 🙂

Demam Urat

Dah tiga hari saya demam. Dua hari setengah flat. Nak pegang hp pun tak larat. Hari ni Alhamdulillah dah okay.

Dia punya sakit badan tu, lebih sakit dari lepas bersalin hari tu. Lepas bersalin tu boleh lagi balas-balas msg. Kali ni memang flat terus. Cuma sesekali gagahkan diri jugak bukak msg untuk verify payment.

Ikutkan hati, rasa nak menyerah diri di hospital. Tapi mengenangkan baby Yaya, tahan jelah. Kalau saya masuk hospital, siapa nak uruskan dia pulak. Takkan nak bawak dia sekali.

Bila dah demam, memang langsung tak ambil tahu urusan production. Tapi Alhamdulillah semua okay. Ramai yang sukarela overtime sampai ke malam untuk siapkan order.

Malam semalam pergi mengurut. Kakak tukang urut cakap saya ni demam urat.

 

Hari tu gatal nak baby lagi kan. Bila dah demam macam ni teringat keadaan tak sihat masa mengandungkan Yaya. Terus terbantut idea nak beranak lagi.

 

Susah bila ibu tak sihat. Jadi ibu memang kena jaga kesihatan betul-betul.

 

Hari ni ada berita sedih. Sepupu salah seorang pekerja production meninggal dunia. Sepupu dia ni baru 4 tahun. Anak bongsu. Sebaya Ali. Meninggal kena langgar kereta kat depan rumah. Saya dengar pun rasa sedih sangat.

Ayah dia sampai pengsan dan kaki sebelah kanan tak boleh gerak. Macam kena strok. Kesian sangat.

Besar betul ujian untuk dia. Nauzubillah..

Mimpi

Dua hari lepas saya mimpi ngeri.

Dalam mimpi tu pada suatu hari saya dan suami sibuk hantar barang di outlet. Masa tu kami bawa Ali bersama. Dalam kesibukan, tetiba Ali dah takde. Cari punya cari, tak jumpa.

Last-last ada kenalan rapat bagitau Ali dah kena bunuh selepas diliwat.

Masa tu kan, tak boleh terima sangat. Suami pun nak pitam.

Rasa bersalah sangat. Rasa menyesal sangat. Rasa kenapalah aku ni cuai sangat. Tak penting manapun urusan bisnes ni berbanding nyawa anak. Dalam pada tu saya berfikir, Ya Allah aku harap aku bermimpi. Aku nak bangun. Aku nak bangun. Ni semua mimpi.

Masa tu memang rasa menyesal sangat sangat. Memang rasa sedih sangat. Rasa nak pecah dada.

Dan tiba-tiba saya terjaga.

Ya Allah, tuhan je tahu betapa leganya saya lepas terjaga.

 

Tapi lepas dapat mimpi ni, memang rasa insaf sangat. Takde la nak sibuk sangat dengan urusan bisnes sampai mengabaikan anak. Dan lepas ni akan lebih berhati-hati dari segi keselamatan anak.

Walaupun dalam mimpi, perasaan dia tu memang real sangat. Nauzubillah. Minta dijauhkan.