Impian

Apa impian anda?

Apa yang anda nak?

 

Ramai orang takut nak berimpian. Bila ditanya, malu sangat nak sebut.

Ada juga yang langsung tak berimpian.

 

Kalau tak ada impian, memang confirm tak akan dapat.

 

Ibarat naik kereta pusing-pusing tanpa destinasi. Last-last kereta habis minyak di tengah jalan.

 

Yang bestnya, kita semua boleh mencapai impian kita. Kalau kita nak, pasti kita boleh capai.

KLCC pun terhasil dari impian seseorang.

KLIA terhasil dari impian seseorang.

AIR ASIA terhasil dari impian seseorang.

MCDONALDS terhasil dari impian seseorang.

 

Semua yang besar, yang hebat, yang gah, bermula dengan satu impian.

 

Impian saya sekarang untuk memiliki kedai 3 tingkat di tepi jalan besar. Tingkat bawah butik. Tingkat atas production.

Pastu ada signboard besar.

Pastu ada rumah yang selesa dengan halaman yang luas.

 

InsyaAllah pasti boleh cuma cepat atau lambat je. ๐Ÿ™‚

Salam Ahad..

Sejak beranak kecil ni, kurang betul masa nak berblog.

Maklumlah baby ni manja. Nak mak dia tengok muka dia je. Pandang ke lain sikit, mulalah mulut bising nak minta perhatian. Hahaha…

Yaya dah dua bulan lebih. Sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang ada baju yang dah tak muat sebab dia dah makin tembam.

Seronok sangat melayan Yaya. Apa pun masalah yang dihadapi rasa macam tak ada apa sangat dibandingkan rezeki mendapat anak yang sihat dan sempurna.

 

Dua hari lepas huru hara sangat sementara training admin baru. Yelah, training pun ambil masa jugak. Nak kena terangkan dulu company values selain langkah-langkah untuk proses order. Sementara training tu, memang tak terlayan order yang masuk. Dah malam barulah sempat reply msg pelanggan.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah okay. Sekarang ada 3 admin online. Sorang untuk manage order di web. Sorang untuk manage order di Facebook. Dan sorang lagi untuk manage order Whatsapp. Setiap admin dibantu oleh satu @ dua orang staf packing bagi melancarkan lagi pemprosesan order.

Minggu lepas dah beli 1 mesin jahit. Dan semalam dah beli lagi 2 mesin jahit baru.

Bila fikir balik, rasa kelakar sangat. Orang lain nak raya sibuk dengan persiapan raya. Tapi kami sibuk beli mesin jahit. Hahaha…

Lepas beli mesin jahit, singgah kedai kain pulak. Kebetulan suami parking sebelah kedai emas.

Pastu tetiba terfikir, kalaulah tak beli mesin jahit, dah boleh beli gelang besar. Hahaha.. Tapi untuk saya taklah kot.

 

Tadi tetiba teringat tahun lepas saya ada tempah shawl di Vietnam. Masa tu kagum sangat sebab peniaga tu boleh siapkan 500 helai shawl dalam masa satu hari. Kagum sangat sampai dok bercerita dengan semua orang.

Sekarang ni Alhamdulillah kami boleh siapkan lebih 1000 helai tudung sehari. Macam tak percaya je.

 

Hari ni Abang Adi demam dan tak pergi sekolah. Kesian pulak tengok dia. Padahal dialah yang paling kelakar dan suka buat lawak. Dia jugaklah yang paling suka Yaya. Selalu je nak dukung Yaya.

InsyaAllah esok maid baru sampai. So kuranglah sikit kesibukan menguruskan rumahtangga. Hihihi.. Poyo je statement. Padahal suami yang banyak tolong.

Bila ada maid ni, insyaAllah bolehlah travel dengan senang hati. Bolehlah pergi jenguk butik dan outlet di Johor dan seterusnya pergi memborong. Wohooooooo!!!

Okay bye. Sampai jumpa lagi! ๐Ÿ™‚

 

 

Huru Hara

Hari ni interview 5 orang pekerja baru. Empat orang start esok. Sorang start Sabtu.

Dua hari lepas dah beli mesin jahit baru. Sekarang dah ada 10 mesin jahit. Tapi setiap hari tailor sibuk dengan tempahan online sampai tak sempat nak siapkan stok untuk kedai. Sedih sangat.

Jadi Sabtu ni insyaAllah akan beli lagi dua mesin jahit dan tambahkan lagi staf bahagian production.

Dulu-dulu nak sangat order banyak. Nak sangat sibuk. Nak sangat huru hara. Sekarang bila dah rasa, barulah tahu cabarannya macamana.

Bila order banyak, pastilah staf buat silap. Silap bagi warna. Silap tulis alamat. Tercicir order dan sebagainya.

Nak salahkan staf sepenuhnya pun takleh jugak. Kalau saya buat sendiri pun kadang silap jugak. Dan kalau semua nak buat sendiri pun memang tak mampu. So memang kena harapkan orang.

Setiap hari bos berbadan besar berfikir dan terus berfikir macamana cara terbaik untuk mengatasi semua cabaran.

Patutkah teruskan dengan jualan borong.

Patutkah terus beroperasi di tempat sekarang.

Patutkah sewa @ beli rumah kedai.

Di manakah lokasi terbaik.

Macamana nak lancarkan proses order.

Apakah cara terbaik untuk kurangkan kesilapan staf.

Di manakah supplier yang boleh bagi harga yang lebih rendah.

 

Nak beli @ sewa pun banyak faktor perlu diambil kira. Kalau lokasi strategik, kena fikirkan soal parking kenderaan staf pulak. Kalau lokasi kurang strategik pulak, rugi sebab tak berpeluang untuk buat signboard besar-besar sebagai promosi.

Kepada rakan-rakan usahawan yang mungkin sedang struggle dan stress sebab sales kurang, please enjoy the moment.

Hargai masa lapang sebelum sibuk. Gunakan masa ni untuk baca buku. Attend seminar. Buat networking dengan orang berjaya. Luangkan masa dengan keluarga.

Sebab bila bisnes makin meletup, serius sibuk sangat dan dah takde masa nak buat semua ni. Nak keluar shopping untuk habiskan duit pun tak sempat. Hahaha..

Okay bye. Nak tidur dulu. Esok nak training staf baru. Jadi kena caj bateri penuh. ๐Ÿ™‚