Nak Kutuk Orang, Terserlah Kelemahan Diri

Ni nak berceloteh sikit.

Beberapa hari lepas ada la someone dok bercerita dengan saya. Bercerita pasal orang lain yang kononnya kedekut dan berkira.

Tapi lepas dengar cerita dia, saya buat kesimpulan, dia ni jenis yang ‘berkehendak’ atau dalam bahasa Kelantan, jenis ‘khendok’.

Orang yang ‘khendok’ ni adalah orang yang materialistik. Fikir duit je. Nak untung dia je. Nak menantu kaya. Nak berbesan dengan orang kaya. Sebab kononnya nak tumpang kekayaan orang.

Dia tak nampak kebaikan orang. Dia tak nampak bantuan orang. Dia tak hargai kesudian orang untuk luangkan masa untuk dia. Tapi dia dok fikir pasal duit duit duit.

Semua benda kononnya nak jimat. Kalau di pihak dia, semua benda nak ringkas. Nak senang. Nak murah.

Tapi mengharapkan duit orang. Bila orang tak bagi, macam orang lain pulak yang berkira.

 

Hahaha… semangat bagi penjelasan panjang lebar.

Jadi, janganlah kita menjadi orang yang ‘khendok’. Hargailah masa dan tenaga orang lain jugak. Jangan fikir duit semata-mata.

Jangan juga sibuk nak mengata orang sebab ia akan menyerlahkan lagi perangai buruk kita.

 

 

Buat Keputusan Cepat

Satu benda yang saya belajar kebelakangan ni adalah untuk buat keputusan cepat.

Sebab setiap hari ada banyak keputusan yang perlu dibuat.

Nak tambah pekerja atau tak

Nak ambil pekerja macamana

Nak tambah berapa mesin

Nak iklan kat mana

Bila nak iklan

Nak letak gambar apa untuk iklan

Nak keluarkan produk apa

Bila nak beli bahan mentah

Berapa banyak yang perlu dibeli

Berapa pcs bagi setiap design

Nak buat design apa

 

Dan pelbagai lagi keputusan.

 

Jadi, kalaulah tak ada kemahiran buat keputusan dengan cepat, agak lambat bisnes nak maju ke depan.

Jenis saya pulak, saya lebih menyesal kalau tak buat sesuatu daripada buat dan gagal.

So biasanya kalau dah dapat idea, saya akan cuba buat dulu.

Tapi takdelah terburu buru nafsu sangat. Buat setakat yang termampu.

 

Siang tadi berjumpa dengan sebuah syarikat Company Secretary untuk urusan upgrade syarikat kepada Sendirian Berhad dan juga pendaftaran lesen kewangan.

Alhamdulillah legaaaaa. Sekarang pekerja dah makin ramai dan nak lebih organized. Saya pun dah lantik dua orang admin untuk uruskan bahagian HR dan pastikan syarikat tidak melanggar mana-mana akta buruh dan akta keselamatan pekerja.

Pagi tadi buat meeting dengan staf Production House. Seronok pulak dapat berkongsi berita gembira tentang perkembangan terkini syarikat dan juga dapat bincang dan selesaikan masalah dan keperluan pekerja.

Sebagai seorang perempuan yang cepat emo, saya pun ada membebel jugak. Tapi overall rasa okay kot sebab nampak semua ceria dan bersemangat selepas meeting berakhir.

Antara yang saya cakap adalah kita adalah sebuah kilang dan bisnes yang serius. Saya serius nak bagi yang terbaik. Nak bagi gaji yang baik. Nak bagi benefit yang baik. Dan saya harap diorang pun serius bekerja.

Kalau nak cari kerja lain, boleh. Boleh cari bos yang lebih baik. Boleh cari bos yang lebih kurus. Tapi jangan cari kerja pada waktu bekerja. Kalau nak cari sangat, ambil cuti dan cari kerja.

Satu lagi, saya adalah bos baru belajar. Saya tak pernah ada pengalaman buka kilang. Tak pernah ada pengalaman jadi tauke. Tak ada orang yang ajar saya step by step macamana nak uruskan bisnes.

Jadi saya minta tolong semua untuk tolong saya. Sila bagi komen dan pendapat berdasarkan pengalaman kerja mereka di tempat lain.

Kalau ada masalah dan tak puas hati, boleh bagitahu saya. Yang mana boleh perbaiki, saya cuba perbaiki. Tapi taknak cakap-cakap belakang. Taknak ngumpat-ngumpat. Taknak dok bercerita dengan semua.

Saya taknak ada pekerja yang menjadi virus dalam organisasi saya.

Jika saya tahu ada yang tak puas hati dan dok bercakap di belakang, saya akan minta dia berhenti dan cari peluang kerja yang lebih baik.

 

Eh eh panjang lebar pulak penerangan. Baik rekod je terus tadi. Hahaha..

 

Tapi Alhamdulillah nampak macam diorang pun positif dan faham mesej yang saya cuba sampaikan.

 

Kesimpulannya kena selalu ada komunikasi dengan staf. Sekarang Production House dah lebih organized dan boleh berjalan tanpa saya. So lepas ni nak fokus kepada butik dan outlet jugak.

Nak pastikan staf di sana dapat bagi servis yang baik kepada pelanggan dan sentiasa bagi feedback untuk memastikan bisnes berjalan lancar.

Okay bye. Assalaaaaamualaikum.. 🙂

 

 

Bertemu Kembali

Hai bertemu kembali.. 🙂

Meh nak citer jadual usahawan terlampau. Hahaha..

 

Taklah terlampau sangat pun sebenarnya. Ramai lagi yang terlampau. Ramai yang jauh lebih gigih dan lebih hebat.

 

Khamis petang gerak ke KT. Plan asal nak gerak awal. Tapi biasalah orang sibuk katakan. Dekat pukul 5 keluar rumah. Pastu singgah Pantai Penarik makan seafood celup tepung. Sampai di KT dalam pukul 7.

Pastu pukul 8.30 pergi loading barang di TTC sampailah pukul 11 malam.

 

Kali ni bawa 4 orang staf Production House. Pastu ajak staf makan malam. Pastu balik hotel tido. Malam tu risau sangat. Macamanalah karnival esok ni. Ramai tak pengunjung. Boleh jual banyak atau tak. Dahlah bawak barang kemain banyak. Setiap warna Bawal Ruffle Maira, bawak 50pcs. Total Bawal Maira dekat 3000pcs. Tak campur tudung-tudung lain lagi.

Total kereta 3 buah. Penuh dengan barang. Sampaikan boleh bawak dua orang anak je. Dua yang besar terpaksa tinggal sebab kereta dah penuh.

Tapi Alhamdulillah, pengunjung ramai dan booth kami pun mendapat sambutan hangat. Belum tengahari, sales dah boleh cover kos sewa, pengangkutan, gaji pekerja dan penginapan sepanjang di sana.

Lepas tu saya keluar untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Petang tu singgah semula ke booth dan tolong sikit-sikit.

 

Memang huru hara sangat suasana di karnival. Memang nak kena plan betul-betul dari segi susunan barang dan juga dari segi storage stok tambahan.

Banyak benda yang kami belajar sepanjang karnival ni. Antaranya :

– Sewa booth yang besar. Kalau boleh, amik lot tepi.

– Kalau boleh join karnival yang berlangsung 3 hari. Kalau dua hari sekejap sangat.

– Kena bawak stok banyak dan susun banyak-banyak. Barulah nampak meriah dan orang pun geram nak serbu.

– Kena ada produk yang murah-murah jugak sebab tak semua berduit. Bila ada produk murah, orang akan beli jugak sebab mestilah diorang pun taknak balik tangan kosong.

– Sediakan flyers @ namecard.

– Sediakan banner @ backdrop untuk pelanggan selfie selepas shopping produk kita.

– Kena ada ramai pekerja. Kalau bisnes pakaian, kena ada :

1. Pekerja khas untuk lipat dan pastikan susunatur sentiasa kemas sepanjang masa

2. Pekerja yang uruskan stok. Stok haruslah disusun dengan teratur.

3. Pekerja untuk terima duit jualan dan rekodkan setiap jualan.

4. Pekerja untuk ajar cara nak gayakan tudung.

5. 4 @ 5 pekerja yang ceria dan mesra untuk melayan pelanggan.

 

Saya bawa 4 orang staf je. Rasa macam dah cukup. Rupanya tak cukup. Especially time diorang rehat dan solat.

 

Tapi overall memang happy dan jualan pun okay. So insyaAllah kalau ada rezeki nak join karnival lagi terutama di kawasan yang kami belum ada butik @ outlet. Kalau di luar Semenanjung pun rasa macam nak join jugak je. Mesti best.

 

Sebenarnya hari pertama tu saya pun agak sibuk sebab pada masa yang sama staf di Bangi uruskan shooting koleksi terkini. Jadi saya kena sentiasa communicate dengan dia untuk pastikan semua okay.

Kali ni kami shoot banyak sangat. Shooting dari pukul 3 petang sampai pukul 3 pagi dengan 4 orang model. Setiap model menggayakan koleksi yang berbeza.

 

Serius excited nak launch koleksi terbaru. Sebab semuanya pun macam cantik je. Macam boleh meletop je. Hihihi..

Kali ni insyaAllah nak launch produk dengan lebih teratur. Setiap minggu launch satu produk.

 

Eh panjang lebarnya karangan. Sebenarnya banyak lagi nak citer ni. Tapi dah penat sangat.

Okay bye. Sampai jumpa lagi. Ada berita baik. InsyaAllah dalam 2 minggu lagi nak buka cawangan baru di Shah Alam. 🙂