Kelebihan Mengingati Mati

Pagi ni terbaca satu artikel yang sangat baik tentang kelebihan mengingati kematian berdasarkan analisis kajian saintifik.

Dalam ajaran Islam juga kita sangat digalakkan untuk mengingati kematian.

Berikut pula beberapa lagi hadis tentang pesanan supaya kita sentiasa mengingati kematian,

Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”

Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Jemput baca artikel penuh..

Sumber : http://www.bharian.com.my

Ingati Mati Mampu Tingkat Kesihatan

Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.

Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.

Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri.
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi

7 Ciri-ciri Blog Yang Best

 

Pada pendapat saya, antara ciri-ciri blog yang best adalah,

1. Susunatur blog yang kemas dan menarik.

Saya suka layout yang simple. Dan tak ada application atau iklan yang menyebabkan kita tak boleh baca kandungan blog.

 

2. Warna yang tidak menyakitkan mata.

Warna blog ni macam cat rumah jugak. Tak semestinya warna terang tak bagus. Tapi kena pandai match. Kalau background terang, mungkin padankan dengan font putih atau hitam.

Kalau terlalu colourful, menyesakkan mata yang memandang.

 

3. Penulisan yang jujur dari hati.

Kadangkala seronok jugak baca blog yang buat artikel lepas geram pada kelompok-kelompok manusia yang saya pun geram. :)

Tapi kalau lepas geram tu ditujukan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan seseorang, seperti bos, keluarga sendiri, keluarga mertua, rakan sekerja dan sebagainya, saya tak setuju.

Jangan fikir orang terdekat dengan kita tak akan jumpa blog kita. Dan jangan fikir bila kita ceritakan keburukan orang, pembaca akan merasakan diri kita suci dan mulia.

Sebenarnya ia seolah-olah membuka pekung di dada kita sendiri.

 

4. Blog yang selalu diupdate.

Kadangkala blog tu best. Tapi bila sesekali kita klik, tak de entri baru. Esok lusa pun tak de entri baru. Minggu depannya pun tak de entri baru. Menyebabkan saya rasa geram dan frust menonggeng. Dan seterusnya merasakan bahawa blog tu tak best! :)

 

5. Blog yang tak banyak gambar pemilik.

Kat header dah gambar dia. Kat sidebar gambar dia. Kat dalam entri pun gambar dia lagi. Pastu bukan satu shot je. Setiap aktiviti ada 6 shot muka dia kiri, kanan, belakang, depan, atas dan bawah.

Bukan tak boleh tunjuk muka sendiri, tapi berpada-padalah.

Dan kena fikir juga soal dosa pahala. Kalau gambar tak tutup aurat, dah tentu diri sendiri dan suami @ ayah dapat dosa.

Kalau gambar tutup aurat tapi dah terlalu banyak pun boleh dapat dosa tabarruj dan mungkin mendatangkan dosa kerana boleh menyebabkan orang lain tergoda dan terpesona dengan kecantikan anda.

 

6. Blog yang menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sopan.

Saya tak suka baca blog yang menggunakan bahasa singkatan @ bahasa sms. Jangan ingat semua orang faham singkatan yang kita gunakan.

Satu lagi, elakkan gunakan perkataan yang kurang sopan. Saya pernah rasa terkejut sangat bila terbaca sebuah blog yang mana pemiliknya adalah seorang wanita yang berpakaian muslimah tetapi bercerita tentang perkara-perkara yang kurang sopan.

 

7. Blog yang tak ada background music.

Ini adalah turn-off untuk saya. Kalau terbuka je blog macam ni, terus saya tutup.

 

Semoga senarai di atas dapat menjadi panduan rakan-rakan yang baru mula berblogging.

 

 

 

 

Semuanya Anugerah Allah..

Kalau kita berjaya, jangan sombong.

Sebab kejayaan kita adalah disebabkan nikmat dan anugerah yang Allah bagi. Anugerah kesihatan. Anugerah kecerdasan. Anugerah keberanian.

Pagi tadi rasa sangat bersemangat semasa menghadiri Sales Worksyop oleh GAM Nor Hafizah Saad di pejabat Public Mutual Johor Bahru.

Teruja sangat dengan kisah kejayaannya yang berjaya close sales dengan klien-klien besar seperti CEO, MD, Dato’ dan juga keluarga diraja.

Rasa tak sabar nak tunggu hari Isnin untuk call dan berjumpa dengan prospek-prospek besar.

Malangnya sewaktu menghadiri majlis Grand Business Opportunity Seminar yang diadakan di Hotel Grand Paragon di waktu petang, tiba-tiba saya rasa sakit perut sangat.

Saya datang dengan salah seorang business partner saya iaitu Kak Yati meletop. Tapi saya minta suami ambil saya lebih awal kerana terlalu sakit.

Sesungguhnya bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik segala anugerah yang diberikanNya.

Jadi, sebagai hamba yang lemah, kita kenalah sentiasa bersyukur dan tidak sombong.

Dan sebagai manusia yang diberikan akal fikiran, kita juga kenalah sentiasa berusaha dan bersiap sedia.